Malam semalam, aku meluangkan sedikit masa untuk menonton pertandingan nasyid yang telah lama bertapak di UTP iaitu Malam Inspirasi Seni. Terkejut jugak pada mulanya, kenapa MIS kali ini diadakan di MPH dan bukannya Chancellor Hall.

Sampai ke MPH, aku terkejut sekali lagi. MIS2012 ini kelihatan seperti MIS2007 yang aku pernah datang dulu. Nampak suram, kerusi pun tak cukup. Usher pun macam ada tak ada. Aku bertanya kepada salah seorang komiti, betul ke ni pertandingan akhir MIS? Kenapa kerusi sikit sangat? Tapi dia diam saja, dan tersengih macam kerang busuk.

Akhirnya aku mendapat jawapan daripada komiti lain. Sebenarnya mereka tidak yakin nak anjurkan di CH kerana dijangka tidak mendapat sambutan. Lagi pun promosi agak kurang. Pasal kerusi pulak, sebenarnya kerusi digunakan untuk test di dewan sebelah lagi. Dan aku memang setuju pasal hal promosi ni. Memang promosi dia agak kurang. Dan tak semeriah macam dulu. Kadang-kadang nampak macam tak bersungguh, atau pun aku sendiri yang tak perasan?

Untuk performance, aku agak kecewa dengan dua persembahan terawal. Pasal tak ingat lirik, mungkin boleh dimaafkan walaupun sepatutnya peserta perlu membuat persiapan yang secukupnya. Lagi pun, MIS ni bukannya event yang biasa-biasa bagi aku. Dan aku agak tak berkenan dengan gaya persembahan satu group. Dah tak macam nasyid dah. Apa kejadahnya letak kaki atas kerusi time nak nyanyi intro?

Tapi aku takleh nak salah kan diorang jugak. MIS sekarang dah tak ada preliminary round. Jadi, siapa yang register terus dapat masuk final. Jadi tak dapat nak saring siapa yang betul-betul layak untuk ke final. Tak macam group aku dulu, awal-awal lagi dah kena kick! haha

Untuk empat kumpulan seterusnya, persembahan semakin baik terutamanya dari kumpulan El-Manshuud. Pemain muzik mereka pun bagus terutama yang main gendang (gendang eh?). Nampak ganas dan macam nak bunuh orang. Serius aku kagum. Kumpulan Madani best jugak terutamanya vokalis mereka yang mempunyai suara yang sangat sedap dan lantang. Macam suara arwah Ustaz Asri Rabbani pun ada. Untuk kumpulan All In One Saff, lagu pertama agak kurang harmoni. Masih takleh lawan kumpulan In-Saff yang dulu.

Kalau lah aku dilantik sebagai juri untuk komen semalam, mesti best sebab banyak benda yang aku nak komen. Tapi tu la, aku ni bakat nyanyi pun takda. So, tak boleh nak komen sangat. Nak tulis kat sini takut ada yang kecik hati pulak. Tapi bak kata kawan aku, kita perlu realistik dan jujur ketika memberi komen. Kalau tak sedap, cakap je lah tak sedap.

Sebenarnya aku kompius jugak. Adakah persembahan tahun ni kurang mantap atau pun sound system yang mengecewakan? Kadang-kadang nampak gaya vokalis dah macam menjerit-jerit tapi suara masih perlahan. Dan kepada penonton, jangan gelak kuat sangat bila peserta melakukan kesilapan. Kesian aku tengok, belum habis performance mungkin dah ada yang moral down. Nasib baik aku gelak tutup mulut.

Kepada penganjur, MIS kali ini ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Harap-harap nanti buat post-mortem betul-betul ye kerana banyak suara-suara yang membandingkan MIS kali ini dengan yang lepas. Kepada El-Manshuud, tahniah kerana menjadi juara.

Tahukah anda, ini MIS yang ke enam sepanjang aku berada di UTP. Dan aku hanya ketinggalan MIS2011 kerana masih belum pulih dari eksiden tahun lepas. Sampai sekarang, persembahan yang aku paling suka adalah persembahan Az-Zariyat pada tahun 2008.

Teringat status facebook seorang kawan, "Dah berapa orang yang masuk Islam sebab dengar lagu nasyid?"  -___-"