Aku duduk bersila di atas karpet masjid dengan tertib seorang lelaki. Kedua-dua siku aku letak atas peha, dan tangan aku saling berpegangan. Aku rasa hensem hari ni, pakai baju melayu biru dan kopiah kuning.

Aku pandang depan, cuba fokus dengan apa yang disampaikan oleh khatib dalam khutbah Jumaat. Tapi aku tak dapat mendengar apa-apa. Pelik, sound system rosak agaknya.

Keadaan dalam masjid kem askar ni dah banyak berubah. Dah ada aircond. Di depan sebelah kanan aku ada seorang lelaki berbaju melayu hitam. Mukanya macam pernah aku nampak tapi aku tak pasti kat mana. Aku pandang depan lagi, tapi tak dengar apa-apa.

Tiba-tiba ada seorang lelaki datang menghulur dua tin susu pekat cair. Satu lagi kosong. Satu lagi berisi susu yang sudah pun dibuka. Di sekeliling tin susu tu ada lelehan susu likat. Aku mengagak, mungkin tin susu kosong itu digunakan untuk kutipan derma. Tapi yang berisi susu itu nak buat apa?

Aku sambut dan cuba pass tin susu itu kepada lelaki baju hitam tadi. Tapi dia pandang dengan muka tak bersalah, takda tindak balas. Aku pun pusing belakang, dan bagi kedua-dua tin susu itu kepada orang yang dudk kat belakang. Tangan aku rasa sedikit melekit selepas memegang tin susu tadi.

Kemudian, orang-orang sekeliling menadah tangan. Itu tandanya imam sudah menghabiskan khutbah pertama. Aku lekas bangun dan menuju pintu sebelah kanan masjid untuk ke tempat mengambil wudhu. Aku nak basuh tangan yang dah rasa melekit ni. Selepas menuruni tangga batu, aku perasan ada air melimpah kat tempat mengambil wudhu.

Aku jalan perlahan-lahan, takut tergelincir. Aku cuba naik kat tempat meletakkan kaki yang digunakan orang untuk mengambil wudhu. Tiba-tiba kaki terjerlus dalam lubang yang dipenuhi air. Badan aku kaku. Aku cuba menjerit tapi tak dapat. Aaaaaaaaaaaa!!!

****

Aku terjaga. Caittt!! Aku mimpi rupanya. Bangang ke apa ada tin susu cair dalam masjid. Aku tengok jam, sudah pukul 1 tengah hari. Aku cepat-cepat mandi, hari ni kan hari Jumaat.

p/s: Sekarang aku tengah fikir kenapa aku menulis benda ni. Dan aku pun tengah fikir, kenapa ko baca benda ni sampai habis. Takde faedah wei HAHA! Ok bai.