Hari ni 9 Mac 2012. Genap setahun kejadian tu berlaku. Kejadian yang banyak mengubah hidup aku, dan juga meragut nyawa seorang kawan. Biar aku ceritakan dari awal, kisah semasa aku dalam perjalanan pulang ke kampung semasa cuti pertengahan semester tahun lepas.

***** 

Hari-hari terakhir menjelang 9 Mac 2011, hidup aku kurang tenang. Puas aku mencari jawapan mengapa hati aku agak kurang tenang, namun tak jumpa. Kadang-kadang, aku pinjam motor orang dan pergi ke masjid. Aku mintak petunjuk, mintak ketenangan dan mintak dipanjangkan umur. Sebab aku rasa kematian itu semakin hampir.

Setiap malam sebelum tidur, aku akan memerhatikan keadaan diri. Aku tengok-tengok, kalau-kalau tanda kematian itu sudah ada. Itu pun berdasarkan dengan apa yang aku pernah baca sebelum ni. Sungguh, perasaan aku memang kucar-kacir waktu tu. Tapi aku diam, tak berkongsi dengan sesiapa.

Malam sebelum kejadian, kepala aku macam blur. Banyak benda yang tak kena bagi aku kat depan mata. Aku cuba fokuskan diri untuk menyiapakan projek IACS tapi gagal. Semua benda yang aku google tak jumpa. Dan, aku siapkan sebuah entri blog bertajuk Kosong.

Dan aku sempat bahan Pojie awal pagi tu. Tak pasal-pasal Pojie yang jadi mangsa. Aku masuk bilik Aik, nampak Deli dan Wan Pai tengah bersembang. Tapi takda mood nak join. Kebetulan waktu tu Ilah mintak aku supaya jaga motor dia. Jadi aku keluar sorang-sorang tengok bola UCL antara Arsenal dan Barcelona. Pada mulanya nak keluar dengan Faiz, tapi dia dah tidur mati. Nasib baik kat sana ramai geng.

Habis tengok bola, aku cuba menyiapkan kerja yang tertangguh sementara menunggu waktu Subuh. Selepas Subuh, aku berkemas ala kadar. Baju pun sikit saja yang aku bawak balik.

Waktu menunjukkan hampir pukul 8 pagi. Aku keluar dari bilik dan masuk ke bilik hosmet yang lain untuk bersalam sebelum pulang. Namun semuanya masih tidur. Aku pandang muka Wan Pai dan Deli yang tidur sekatil. Tiba-tiba aku rasa sebak. Rasa macam takkan kembali lagi ke rumah tu. Begitu juga bila aku menjenguk housemate lain yang belum balik. Waktu tu roommate aku dah balik awal-awal lagi. Aku cari Pojie tapi tak jumpa. Nak mintak maaf la kononnya.

Sampai di parking antara V5 dan V4, Amin dan Jahar awal-awal lagi dah ada kat situ. Tak lama kemudian, Kerol pun sampai. Selepas siap-siap, kami bertolak dengan Proton Satria kepunyaan Amin. Amin dan Jahar di depan, manakala aku dan Kerol duduk kat belakang.

Dalam perjalanan, Kerol cakap dia lapar. Aku dan yang lain dah makan sebelum tu ketika sama-sama tengok bola. Kami singgah di Ameeth. Lepas setengah jam berborak disana, kami bertolak pulang ke Terengganu. Waktu nak naik kereta, aku dapat rasa cuaca agak pelik tapi tak tahu apa yang pelik. 

Kemudian, kami singgah di Cameron dan membeli sedikit strawberi. Aku beli 3 peket, sebab family aku kan ramai. Aku ada jugak terserempak dengan beberapa pelajar UTP yang lain yang kebetulan turut singgah di situ. Tapi tak bertegur-sapa kerana tak kenal. Yang aku ingat, ada seorang lelaki pendek bercermin mata dan perempuan yang juga bercermin mata.

Berdasarkan plan awal, Kerol jugak akan menjadi driver hari tu. Disebabkan Jahar dan aku takda lesen, jadi dua-dua duduk belakang. Perjalanan diteruskan dengan Kerol sebagai pemandu manakala Amin berada disebelah beliau.

Tiba-tiba, aku rasa tak sedap hati. Aku tengok gaya pemanduan Kerol kurang meyakinkan. Sama juga seperti orang lain. Akhirnya, Amin cakap lebih baik dia yang memandu kereta tu. Dan mereka berdua bertukar tempat sekali lagi. Amin sebagai driver, Kerol disebelah, manakala aku dibelakang Kerol.

Perjalanan diteruskan. Aku rasa mengantuk sangat-sangat lalu tidur sambil memeluk beg laptop. Sebelum tu aku sempat memandang seatbelt kat belakang. Terdetik dalam hati, macam perlu dipakai je benda ni. Tapi aku buat tak tahu je. Aku pun tidur ketika Amin dan Kerol rancak berborak.

Tiba-tiba suasana jadi kecoh. Aku bukak mata, aku nampak ada kereta Waja kat depan. Kemudian, aku tak ingat apa-apa.

***** 

Aku bukak mata. Penglihatan aku kabur kerana cermin mata telah pecah dan kepala aku dibasahi darah. Aku nampak ada dua orang keluar dari kereta dan terdengar Amin meminta air.

Aku pandang sekeliling dan aku tahu aku telah terlibat dalam kemalangan. Aku cuba bangun tapi tak dapat. Kaki aku berat. Peha aku rasa sakit sangat-sangat. Dan aku tahu peha aku telah patah walaupun aku cuba yakinkan diri bahawa kaki aku cuma terseliuh.

Aku pandang strawberi bertaburan di sebelah aku yang bercampur dengan darah. Rasa nak telan pun ada.

Kemudian aku perasan ada sorang lagi kat depan aku, tapi tak bergerak. Waktu tu aku lupa yang Jahar dan Kerol telah bertukar tempat. Aku goncangkan orang di depan aku sambil menjerit nama Jahar dan menyuruh dia bangun. Tak lama kemudian baru aku teringat, dia adalah Kerol. Dan aku sedar, yang dia telah tiada. Rasa sedih, tapi perasaan sakit tu mengatasi segalanya.

Tak lama kemudian, seorang lelaki masuk dalam kereta. Dia lelaki yang aku jumpa kat kedai strawberi sebelum tu. Lama jugak dia berusaha nak keluarkan aku dari kereta tu. Yela, kaki aku sakit giler kot. Gerak sikit rasa nak meraung je. Waktu tu terlintas jugak nak suruh lelaki tu amik gambar aku guna henpon -_-“

Akhirnya aku pesan kat dia, kalau aku jerit buat tak tahu je. Terus angkat dan bawak aku keluar. Selepas itu aku diusung keluar dengan mulut menjerit menahan sakit dan akuu dimasukkan ke dalam sebuah kereta atau pajero kecik. Entah, kurang pasti.

Maka, bermulalah penderitaan aku selama satu jam bila melalui jalan yang berlubang-lubang dengan kaki yang terkulai. Menjerit-jerit aku bila kereta langgar lubang. Hanya kalimah Allah saja yang aku mampu sebut waktu tu. Sangat sakit bro.

Aku dimasukkan ke Hospital Gua Musang dan diberikan rawatan. Selepas disuntik dengan ubat penahan sakit, baru rasa lega. Kemudian aku dipindahkan ke Hospital Kuala Krai. Waktu ni seksa jugak sebab air kencing takleh nak keluar. Walaupun ada nurse yang nak datang menolong tapi aku terpaksa menolak sebab malu haha.

Keesokannya badan rasa lemah giler-giler. Nasib baik Abg Yu datang bawak Syifa, baru rasa semangat. Aku tak tahu apa yang ada kat Syifa tu sampai aku rasa jadi kuat balik. Petang tu jugak, aku dipindahkan ke Hospital Besar Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Dan bermulalah penantian aku selama seminggu sebelum kaki aku dibedah untuk menyambungkan tulang dengan besi. Mahal jugak besi ni, RM700 sebatang.

***** 

Daripada cerita diatas, apa yang aku belajar, kadang-kadang kita kena ikut nasihat orang-orang tua. Kalau rasa tak sedap hati, eloklah jangan diteruskan perjalanan. Dan, jangan lupa pakai seatbelt.

Ada banyak lagi perkara yang aku nak cerita. Tapi rasa panjang sangat. Kalau nak baca lagi, boleh klik di SINI ataupun SINI.

Kenapa aku cerita benda ni? Kerana masih ramai yang selalu bertanya tentang kemalangan ni terutamanya daripada kawan-kawan arwah. Aku malas nak bercerita sebenarnya. Perasaan tu akan jadi lain macam.

Buat anda semua, hati-hatilah di jalanraya. Kalau tak sayangkan nyawa sendiri, tapi tolonglah fikir tentang keselamatan orang lain.

****

Al-Fatihah buat allahyarham Khairul Hakimi bin Ismail. Semoga kamu tenang di sana.