Setiap kali aku balik rumah, mesti akan ada cerita pasal isu amah Indonesia di berita dalam tv. Kalau anda perasan, isu ni sudah berlarutan hampir dua tahun dan kemuncaknya ketika Indonesia membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia akhir tahun lepas.

Perkara ini berlaku berikutan beberapa kes pembantu rumah didera dan menimbulkan amarah rakyat Indonesia. Padahal mereka tak tahu, dah berapa ramai majikan yang disihir, barang-barang majikan dilarikan, anak-anak majikan didera, amah lari bersama pakwe Bangla dan juga bakar rumah majikan. Banyak lagi sebenarnya.

Tapi akhirnya perkara ini berjaya diselesaikan dengan kacaknya oleh Perdana Menteri kita. Dan hari ni, ada satu berita lain pulak. Yang ni buat aku menyampah sket.

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan. 

Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.  
Majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing. 

Korang tak rasa bangang ke? Untuk menguruskan satu rumah, majikan perlu membelanjakan hampir RM3 ribu sebulan. Atau pun dalam ayat lain, anda perlu membayar RM700 sebulan untuk seorang tukang sapu dalam rumah atau tukang masak. Padahal mereka bukannya berkerja 24 jam mengemas rumah.

Cuba bayangkan kalau seseorang itu mengambil pembantu rumah untuk menguruskan anak. Kalau anak dah pergi sekolah, amah tu nak buat apa? Layan Sinetron? Tidur? Gayut telefon? Bawak pakwe masuk rumah? Tak ke bangang namanya bayar mahal-mahal tapi buat keje sikit.

Itu tak dikira lagi perbelanjaan untuk mengambil seorang amah sebagai pembantu rumah. Dengar cerita. ribu-ribu jugak. Dah la dapat tinggal dalam rumah majikan. Bukannya tinggal dalam rumah sewa.

Aku harap kerajaan Malaysia tidak tunduk dengan syarat-syarat mengarut dari kerajaan Indonesia. Lagi pun ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan pembantu rumah di Malaysia. Tak perlu rasanya nak terhegeh-hegeh kat kerajaan Indonesia untuk menghantar amah ke sini. Aku harap Dato' Seri Najib dapat baca apa yang aku nak tulis ni.

Pertamanya, apa kata kalau kerajaan melatih ibu-ibu tunggal yang tidak mempunyai kerja untuk menjadi pembantu rumah sementara. Masuk kerja pagi, dan balik malam. Selain dapat membuka peluang kerja untuk mereka, sekurang-kurangnya majikan dapat merasa lauk-pauk orang Malaysia, dan bukannya makan bakso hari-hari. Contoh je lah.

Kedua, kerajaan mungkin boleh mengambil rakyat Siam yang tinggal di selatan Thailand. Kebanyakan penduduk di sana berketurunan Islam dan miskin serta ditindas. Jadi sekurang-kurangnya dapat lah kita membantu saudara seislam disana, selain dapat makan tomyam hari-hari haha.

Daripada apa yang aku tau, kadang-kadang ramai orang Indonesia yang datang ke Malaysia dengan menipu maklumat diri. Ada yang mengaku sebagai Islam dan ada yang menipu umur.

Bayangkan, anda beragama Islam tapi mengambil pembantu rumah yang bukan beragama Islam untuk menyediakan makanan untuk anda. Tak boleh wei, tak boleh! Jadi, ambil orang Islam dari Thailand je lah. Tapi, loghat Kelantan mereka pekat sikit.

Cadangan terakhir, apa kata kalau suami dan isteri berpakat-pakat untuk menjadikan amah ni sebagai isteri yang sah buat suami. Jadi, tak perlu la bayar mahal-mahal tiap-tipa bulan. Atau pun dalam erti yang lain, izinkan suami berkahwin seorang lagi untuk menguruskan rumah tangga, iaitu untuk kes isteri terlalu sibuk. Heehehe 

Kepada kerajaan Malaysia, jangan terlalu berlembut dalam isu ini. Banyak lagi cara lain dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah ini dan jangan butakan mata dengan hanya melihat Indonesia sebagai sumber pembantu rumah untuk Malaysia.

Jangan jadi seperti pepatah moden, amah Indonesia disusukan, rakyat sendiri mati kelaparan.

p/s: Bila dah balik rumah, baru rajin nak amik tahu pasal isu semasa. Aku menulis mengikut perasaan je ni hahaha :P