Hari ni aku ada cerita ajaib tentang mesin basuh di UTP. Ceritanya begini.

Duduk kat UTP ni, antara perkara yang paling malas untuk aku buat adalah membasuh baju. Sebab kalau nak basuh baju, aku perlu menuruni 4 tingkat sebelum sampai ke mesin basuh yang terletak kat bawah blok. Itu pun belum tentu dapat basuh.

Kadang-kadang terpaksa beratur 2 3 baldi sebelum sampai giliran. Tapi biasanya aku akan potong je sapa-sapa yang lambat. Dah hari ni aku merajinkan diri membasuh baju selepas melihat longgokan baju masam dalam baldi. Nak basuh dengan tangan malas pulak rasanya.

Jadi, selepas dua kali turun aku berjaya memasukkan baju dalam mesin basuh. Sementara menunggu baju aku siap dibasuh, aku kembali ke bilik dan menyediakan sarapan. Hanya segelas neskepe dan 10 keping biskut jagung untuk santapan hari ni. Sambil-sambil tu aku online facebook, twitter dan mencari bahan bacaan di internet.

Akhirnya, terlajak dua jam dan aku bergegas turun ke bawah. Dan cerita ajaibnya pun bermula.

Bila sampai kat bawah, aku tengok baju aku telah dikeluarkan dari mesin basuh dan diletakkan di tepi dryer. Aku angkat baldi tu untuk dibawa ke atas. Aku rasa hairan kerana baldi itu berasa agak ringan. Aku ramas-ramas baju, rasa panas dan kering. Aku cium-cium baju, ada bau sabun yang aku baru beli semalam. Aku kompius sekejap.

Ajaib betul, aku hanya masukkan baju dalam mesin basuh. Tapi sekarang baju tu dah kering dan tak perlu dijemur ;D

Setelah berfikir dua tiga detik, aku rasa ada seseorang yang tersilap mengeringkan baju aku menggunakan dryer kerana ada dua baldi biru kat situ. Atau mungkin misteri kejadian hari ni ada kaitan dengan manifesto Nabil Berapi dalam PRK UTP yang lepas. Atau mungkin ada lelaki yang minat aku kat blok ni uweekk

Kepada yang tersilap dry kan baju aku tu, sila lah hubungi aku supaya aku dapat ganti balik duit anda. Kalau tak, mintak halal yer ;)