Aku dah cakap sebelum ni, baucer buku tu aku nak guna untuk beli barang makanan.  Kalau ada baki baru aku akan guna untuk beli buku.. Hasilnya, aku berjaya membeli beras sekampit, biskut, Milo, Nescafe, susu pekat, alat-alat mandi dan bermacam-macam lagi. Jumlahnya, ada la dalam RM100.

Jadi, baki baucer tersebut ada dalam RM100. Mak aku ada pesan, gunalah baucer tu untuk beli buku. Jadi sebagai mematuhi pesanan mak dan juga amanah kerajaan yang inginkan rakyatnya semakin rajin membaca, maka memborong lah aku sedikit buku-buku berunsur keagamaan dan juga unsur keduniaan. Bak kata orang, kita perlu menyeimbangkan urusan dunia dan akhirat hihihi

Buku-buku yang aku beli seperti anda lihat di dalam gambar diatas. Buku pertama ialah buku soal jawab duta bahasa Terengganu yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus. Buku ini bertajuk Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Masalah Semasa. Buku ni dah lama ada dalam target aku, cuma baucer buku saja yang lambat sikit dapat.

Buku kedua pun pasal Ustaz Azhar jugak iaitu Ustaz Azhar Idrus, Daie Sejuta Umat. Kenapa aku beli buku ini? Entah. Aku rasa tertarik nak tahu pasal Ustaz Azhar ni. Rasa macam ada sesuatu yang menarik untuk aku membeli buku ni.

Seterusnya, buku Beduk Diketuk hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi. Aku mula tertarik nak beli selepas seorang makwe yang mengambil satu cerita dalam buku ini dan meletakkannya dalam blog beliau. Selepas membaca, aku rasa tertarik membeli. Lagi pun, kartunis Nik Wafdi pun ada menyumbang hasil iustrasi beliau dalam buku ni. Sebelum ni dia ada melukis untuk buku 101 Rekreasi Hati. Nampak menarik tapi tak bukak lagi. Masih berbungkus.

Tiga lagi buku, Kopi iaitu kumpulan cerita pendek hasil karya penulis yang berbeza yang bercerita tentang kopi. Seterusnya Sperma Cinta 2.0: Sengih Kerang yang ditulis oleh Aisa Linglung dan yang terakhir ialah Zombijaya yang ditulis Adib Husaini. Ketiga-tiga buku ni aku beli ketika jelajah Lejen Press dan Fixi di UTP. Semua buku ini berkisahkan tentang apa? Lain kali aku cerita.

Aku sebenarnya nak beli buku Awek Chuck Taylor tapi sudah kehabisan stok. Satu lagi buku bertajuk Tips Menjadi Suami Soleh tapi duit baucer tak cukup hehehehe. Lagi pun segan nak bayar hahaha

Masalah sekarang, aku tak tahu bila boleh start membaca buku-buku ini memandangkan aku sangat busy sekarang. Okbai.

p/s: Post ni ada kaitan dengan post bertajuk Baucar Buku 1Malaysia :P