Epal (seakan nama sebenar)  sedang leka menyiapkan lab report yang ditulis dengan tangan. Report itu perlu dihantar keesokan harinya. Tiba-tiba, pintu biliknya dibukak dan Jambu (nama berdasarkan rupa) masuk dengan selambanya. Dia menghampiri Epal dan melihat lab report yang sedang ditulis.
Bagus la Epal ni, buat draft dulu sebelum siapkan lab report,” kata Jambu dengan selambanya kepada Epal. Epal sedikit tersentak. ‘Mentang-mentanglah tulisan aku ni buruk, lab report aku pun kau cakap draft!’ Epal membentak di dalam hati.
Situasi di atas merupakan satu kisah benar yang terjadi kepada seorang kawan aku. Sebagai seorang yang mempunyai tulisan yang sangat buruk, aku sangat faham perasaan Epal pada waktu itu. Disebabkan itu, aku ingin berkongsi sedikit penderitaan aku sebagai seorang yang mempunyai tulisan yang buruk.
Sejak dari kecil, aku sering ditegur kerana mempunyai tulisan yang buruk. Biasanya aku akan tersengih-sengih bila ditegur sebegitu. ‘Tak pe, dah besar nanti, cantik la tulisan aku ni,’ aku bermonolog memujuk hati. Tapi dalam umur yang sudah melebihi 22 tahun, tulisan aku masih tak berubah-ubah. Masih buruk seperti biasa. Hairan betol!
Masalah paling besar bagi aku bila mempunyai tulisan buruk adalah dalam pelajaran. Sebabnya, setiap nota yang aku salin dalam kelas agak kurang menarik untuk dibaca. Kadang-kadang, tak boleh dibaca langsung kah3. Sebab tu setiap kali test atau exam, aku terpaksa membuat nota-nota baru untuk diulang kaji. Yang lama terpaksa dibuang. Kadang-kadang jeles jugak nak buat nota yang ada color macam macam orang lain. Tapi melihat pada kekurangan diri sendiri, aku redha.
Masalah kedua adalah segan dengan orang ramai. Situasi yang paling biasa adalah ketika menulis nama di depan orang ramai seperti rekod kedatangan dalam exam, kelas atau pun ketika berurusan di mana tempat. Lepas tu, mula la tangan terketar-ketar sebab segan bila orang tengok. Lagi masalah lain, contohnya berada di pejabat pos ataupun bank. Biasanya ada makcik atau pakcik yang mintak aku tolong isikan borang ASB dan sebagainya. Waktu tu aku rasa serba salah, nak menolak atau tidak permintaan mereka. Haish..
Untuk pengetahuan anda, Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 aku dulu ditulis oleh kakak aku. Risau kalau cikgu takleh baca. Dulu aku mana ada computer.
Para pembaca sekalian
Sesungguhnya aku bersyukur dilahirkan dalam zaman teknologi serba canggih ini.  Kalau la aku diahirkan dalam zaman Yusof Haslam ataupun Jins Samsudin, mesti susah kerja aku nak mengorat makwe. Yelakan, zaman dulu semuanya guna surat. Nak berhubung, nak mengorat, semuanya guna surat. Jadi, kalau aku menulis surat, mesti akan jadi kerja yang sia-sia. Makwe mana yang nak pakwe bertulisan buruk walaupun ayat-ayat dikarang sehebat A Samad Said. Nak baca pun tak dapat.
Aku nak pergi mandi jap.
***
Blur tiba-tiba. Banyak lagi yang aku nak tulis tadi. Tapi lepas mandi tadi, semua idea-idea hilang. Mungkin telah diserap syampu Johnson Baby agaknya. Biar je lah. Herm, aku harap bila umur dah masuk 30 tahun nanti, tulisan aku akan jadi cantik hahaha. Bye!