Mael adalah nama seekor kucing yang dibela oleh housemate aku iaitu Faiz dan Deli. Manakala Gubi adalah seekor ikan kecil yang berukuran 10cm panjang. Ikan ini telah berjaya dipancing oleh Farhan petang semalam sebelum aku mengambilnya sebagai haiwan peliharaan. Memandangkan aku masih tiada bekas yang besar untuk memelihara ikan itu, jadi aku meletakkannya di dalam sebuah bekas makanan yang kecil tapi muat untuk Gubi bergerak.

Dan malam pun menjelma. Ketika aku sedang pening study Ammonia dan ber-Twitter, tiba-tiba Mu'sab memanggil aku. Dia cakap, Gubi sudah dibaham oleh si Mael. Aku bergegas ke dapur, dan aku lihat Gubi sudah layu di pangkuan si Mael. Aku tak tau nak cakap apa. Adakah salah aku yang meletakkan Gubi di tempat yang terbuka dan terdedah ataupun salah si Mael yang jahat yang sengaja membaham si Gubi yang berada didalam bekas lutsinar? Salah siapa?

Tentulah salah aku kan? Sama jugak kalau kita hubung-kaitkan dengan keadaan sekarang. Katakan si Gubi adalah perempuan manakala si Mael adalah lelaki. Sekarang kita dapat lihat semakin ramai perempuan yang berpakaian yang terdedah, pakai baju bertutup pun tapi boleh lihat hampir keseluruhan bentuk badan. Bila dah berlaku kejadian yang tak diingini, kenapa disalahkan si jantan durjana seratus peratus sedangkan si perempuan yang mengundang perkara itu untuk berlaku. Mana ada kucing yang jual mahal bila dah tengok ikan tersergam indah di depan mata. Betul tak kawan-kawan?

Buat perempuan, jagalah diri elok-elok. Tutuplah apa yang patut di tutup. Kalau nak tutup, jangan tutup seperti aku menutup si Gubi dengan bekas lutsinar, ditutup tapi masih terdedah. Tutuplah dengan betul. Sekurang-kurangnya, bantulah si lelaki untuk menjaga pandangan. Insyaallah dua-dua akan selamat di akhirat.