Sebentar tadi, Harimau Malaya mengaum lagi. Kali ini pasukan Malaysia yang terdiri daripada barisan bawah 23 tahun negara menantang pasukan Pakistan untuk kelayakan Sukan Olimpik. Keputusannya, Malaysia menang dengan jaringan dua gol berbalas kosong. Jaringan pasukan Malaysia dihasilkan oleh Wan Shahrul Nizam Zakaria dan Irfan Fazail.

Namun aku sedikit kecewa kerana Malaysia sepatutnya menang sekurang-kurangnya dengan jaringan lima gol. Berderet peluang yang terhasil namun gagal disempurnakan barisan pemain Malaysia. Tindakan Pakistan yang menukar penjaga gol juga mempengaruhi keputusan perlawanan apabila beliau berjaya menyelamatkan beberapan percubaan bahaya daripada barisan Harimau Muda negara.

Walaupun gagal menjaringkan lebih banyak gol, permainan pasukan Malaysia wajar dipuji dengan gerakan-gerakan menarik dan kawalan bola yang mantap. Semoga perlawanan timbal balik di Pakistan nanti, barisan pemain muda Malaysia akan terus mengaum. Aummmmmmm!