Mungkin ramai dah tahu ataupun masih ramai belum tahu mengenai satu artikel yang sedikit kontroversi dalam UTP Daily yang bertajuk Pelajar UTP Menghina ITMS. Artikel ini yang kononnya ditulis oleh seorang staff UTP telah diforwardkan ke email sebelum di letakkan dalam blog UTP Daily. Jom bace.

Selepas membaca artikel ini, aku sangat tidak setuju dengan istilah menyalak yang digunakan. Kenapa pelajar UTP disamakan dengan anjing sedangkan mereka hanya menyuarakan hak mereka. Internet yang digunakan bukan percuma tapi dibayar. Kalau tak percaya, sila cek dalam yuran kami. Kami, sebagai pengguna memang berhak untuk bersuara.

Ugutan daripada sesetengah pelajar yang ingin menahan kakitangan ITMS di pagar UTP, itu hanyalah gurauan semata-mata. Mana mungkin pelajar golongan cerdik pandai ini akan berhimpun beramai-ramai di di depan pintu pagar semata-mata  nak menahan kakitangan ITMS. Nak suruh pergi talk kat Chancelor Hall pun malas, ni kan pula nak berhimpun kat tengah panas tu. Tu la, kuat sangat main facebook.

Berhubung kenyataan bahawa pelajar tidak berbuat apa-apa, tidak matang, tidak profesional dan hanya pandai buat bising kat belakang dan bukannya datang berbincang dengan staff mengenai hal ini, aku rasa ini bukan tugas pelajar biasa. Takkan semua pelajar nak pergi jumpa staff untuk berbincang hal ini. Dah la ramai yang ada problem internet. Lagi pun, pelajar telah menggunakan saluran yang betul iaitu melalui MPPUTP untuk menangani masalah ini. Memang tugas MPP untuk berhubung dengan orang atasan, bukannya pelajar.

Tolonglah faham, memang sudah menjadi lumrah seorang manusia untuk mengamuk jika perkhidmatan yang mereka bayar tidak memberi apa-apa faedah.Sebagai pelajar di sebuah universiti yang bertaraf 5 oleh Kementerian Pelajaran Tinggi dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, sememangnya wajar patut pelajar UTP menyuarakan hak mereka sebagai pengguna. Bukannya menjadi pak turut yang hanya pasrah dengan segala masalah dan bersyukur dengan kelajuan internet yang ada walaupun terpaksa membayar yuran beribu-ribu riban.

Dah la, aku dah muak mendengar masalah internet ni. Dari dulu sampai sekarang tak pernah selesai. Sekejap ada, sekejap tak ada. Baik aku fokus kat FYDP dulu. Erk, internet masih slow. Camne mau buat? T___T