Selepas tiga kali tewas dalam pertemuan sebelum ini, akhirnya Harimau Malaya berjaya membalas dendam dengan membenam  cabaran Hong Kong dengan keputusan dua gol berbalas kosong.  Bermain di tempatsendiri iaitu di Stadium Shah Alam, aksi pasukan bola sepak Malaysia amat meyakinkan.
Bermula dengan sepakan volley oleh Safee Sali yang berjaya menggegarkan tiang Hong Kong, di susuli dengan percubaan Mahali Jasuli yang sedikit tersasar, Malaysia semakin garang menyerang. Akhirnya, pada minit ke 44, hasil kesilapan pertahanan Hong Kong membolehkan Safiq Rahim melepasi pertahanan sebelum merembat kencang gol sulung negara untuk memberi Malaysia kelebihan satu gol.
Di separuh masa kedua, Malaysia masih menguasai perlawanan namun Hong Kong tiba-tiba mendapat peluang namun sepakan pemain Hong Kong berjaya ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat.  Skuad Harimau Malaya ini tidak menunggu lama dengan membalas dengan sepakan S Kunalan yang mengegarkan tiang gol Hong Kong. Malaysia membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias serta pemain sayap Selangor, Amirulhadi Zainal, pertahanan kanan Kedah, Sabree Mat Abu dan juga Shahrizal Saad. Akhirnya percaturan K rajagopal membuahkan hasil apabila Amirulhadi menyambut kemas hantaran Sabree Mat Abu sebelum menggelecek penjaga gol Hong Kong dan melepaskan rembatan kaki kanan dari sudut yang sukar untuk gol kedua Malaysia pada minit ke 90.
Perlawanan tamat. Permainan Malaysia kini sangat mengagumkan. Keyakinan pemain Malaysia semakin tinggi selepas kejayaan Piala AFF Suzuki akhir tahun lepas. Gaya permainan makin meningkat, hantaran makin kemas dan kawalan bola semakin cantik. Aku yakin pasukan ini boleh pergi jauh. Go Go Harimau Malaya!!
P/S: Video gol-gol yang dijaringkan boleh ditonton di SINI. Gambar aku rembat header Sokernet.blogspot.com