Pada masa cuti begini, tak kira cuti hari raya Aidilfitri ataupun raya Cina, perniagaan paling menguntungkan di Terengganu adalah perniagaan keropok lekor. Sebagai contoh, anda boleh lihat di kilang-kilang keropok yang terletak di Seberang Takir ni. Dari pagi hingga petang, berderet-deret kereta tersadai di tepi jalan dimana pemiliknya sedang beratur untuk membeli keropok.
Sebab tu masa cuti aku malas nak pergi ke kedai keropok ni kerana terpaksa beratur. Kalau ada yang tempah untuk beli dalam kuantiti yang banyak, maknanya lagi lama aku terpaksa beratur. Tadi aku ke sebuah kilang keropok untuk membeli sedikit keropok lekor untuk housemate, dan seperti di jangka terpaksa beratur lagi. Nasib baik aku ni pelanggan setia dan salah seorang pekerja adalah ex-classmate aku semasa darjah satu. So, tanpa disuruh dia menghulurkan keropok lekor untuk aku dahulu.
Moral of the story, tak rugi kalau kita berkawan dengan ramai orang. Tak tegur pun takpe, just senyum untuk mengekalkan ukhwah hehehe. Tapi satu je yang aku tak puas hati, peniaga keropok kadang-kadang kedekut nak bagi sos pencicah tu lebih skit. Aku mintak pun still taknak bagi. Kedekut betul!


NOTA:
Memandangkan terlalu banyak keyword pasal keropok Seberang Takir yang masuk ke blog ini, di sini aku nak tambah sedikit info. Keropok lekor yang paling popular sekarang adalah terletak di Bukit Tok Beng iaitu di selekoh berhampiran SMK Ibrahim Fikri menghala ke Jambatan Sultan Mahmud. Kat sini selalu menjadi tumpuan pembeli keropok di Terengganu kerana rasanya yang sedap. Tapi ramai sangat orang sampai terpaksa mengambil nombor giliran. Macam bank. Tapi memang berbaloi untuk menunggu.

Dan yang terbaru Keropok Mak Adek yang baru berpindah di Bukit Tumbuh. Kalau kau datang dari bandar Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud menuju ke Kota Bharu, selepas Traffic light pergi ke kanan menuju ke Seberang Takir dan anda akan nampak satu gerai keropok Mak Adek di sebelah kiri di situ. Kedai Keropok ni dah lama, tapi baru sahaja dibuka disitu. Kat sini juga dijual keropok kering yang dikatakan antara yang terbaik di Seberang Takir. Atau pun anda terus ke depan sehinggalah anda menjumpai kilang dan kedai keropok yang terletak di satu selekoh tajam.

Ada banyak lagi pilihan lain untuk membeli keropok lekor seperti di depan SMK Ibrahim Fikri iaitu berhampiran masjid Bukit Tok Beng, berhampiran jeti bot penambang Seberang Takir dan juga dibelakang kawasan Masjid Seberang Takir. Diharap info ini dapat membantu anda semua. Klik LIKE jika suka =)