Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Shit!!

Posted In: , , . By Hazwan

~Holy shit ke ni??~

Sementara menunggu Din yang belum sampai ke parking, aku mencuci mata di atas motor yang enjinnya sedang dipanaskan dengan memandang bukit-bukau yang tersergam indah. Langit nampak mendung, mungkin hujan akan turun dalam masa 3 minit. Jangkaan ku meleset, tak sampai 2 minit hujan sudah turun. Sambil membebel keseorangan, aku mengenakan baju hujan biru semalam yang masih lagi basah.

Tiba-tiba Din sampai sambil tangannya sibuk menekan-nekan hanset. Sedang mengupdate status facebook agaknya, bisikku dalam hati. Memandangkan hujan belum memberi signal untuk berhenti, maka terpaksalah aku meredah hujan lagi hari ini. Aku menunggang dengan penuh hati-hati, sebab jalan agak licin. Aku sampai di AMD kira-kira pukul 8. Selepas punch kad di kantin, aku menjenguk-jenguk ke dalam kantin tapi tak ada mood nak makan. Mungkin penangan roti telur yang aku buat selepas subuh tadi masih berkesan di perut.

Aku tinggalkan kantin dan menuju ke lab. Sebaik saja mendekati tandas yang terletak dalam perjalanan ke lab, tiba-tiba pundi kencing ku terasa seperti digeletek. Dah penuh agaknya. Aku membuka pintu tandas perlahan-lahan. Seperti biasa baunya tak pernah wangi. Aku memilih tandas yang kedua dari tepi.

Oh shit! Ada sisa-sisa tahi dalam mangkuk tandas. Bengong punya orang. Aku ingat kat sekolah rendah je ada benda macam ni. Tak sangka pulak kat tempat macam ni pun masih wujud golongan yang masih segan-silu untuk menarik flush tandas. Aku cepat-cepat melompat keluar dari tandas lalu memasuki tandas bersebelahan. Hm, boleh la tahan baunya. Dan akhirnya, fuhhh lega.
Sambung Bacaan

Hujan renyai-renyai di Bayan Lepas. Berbekalkan baju hujan warna biru yang terselit di bawah tempat duduk motor, aku merempit seperti seekor kura-kura dalam kebasahan bersama Din di belakang yang memakai helmet merah yang sangat besar dari tengkorak kepala.  Sampai di rumah, aku merebahkan badan ke atas tilam sambil mengurut kaki yang sakit. Arghh, kesakitan yang lama kembali lagi. Aku pun menggunakan tangan kiri untuk mengurut kaki  sambil  tangan kanan menghidupkan laptop.
Aku membuka google email. Ada berbelas email untuk dibaca tapi aku membuka satu email  dari Google Group [AwOk2] yang bertajuk “Gu Eater List”. Hampir pecah perut aku gelak bila baca komen-komen dari ahli [AwOk2]. Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang. Namun senyuman manisku terhenti bila melihat keputusan survey “ Pemakan Gu Terbaik”. Aku mendapat undian paling tinggi iaitu 17 undian.


Biar betul!! Sungguh tidak ku sangka aku telah disenarai hitamkan antara yang paling kuat makan gu. Aku merenung dalam-dalam tapak tangan ku. Bukan menilik nasib cuma cuba muhasabah diri. Mungkin banyak perbuatan makan gu aku selama ini. Ye, aku mengaku yang aku ni kadang-kadang suka menyindir orang dengan kata-kata yang lembut tapi pedas maksudnya. Kadang-kadang suka berterus-terang tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kadang-kadang suka melakukan perkara yang tak disenangi orang lain. Kadang-kadang….
Ahh cukup lah tu. Tak elok menceritakan perkara buruk diri sendiri kepada orang lain. Diam-diam sudah. Kepada yang mengundi aku, aku mintak maaf kalau ada termakan gu. Anda juga makan gu kerana mengundi aku. Kalau ada yang terasa, aku nak mintak maaf jugak. Tapi aku tak boleh nak janji yang aku takkan makan gu lagi. Hahaha chow…

p/s: Makan Gu bermaksud perbuatan yang menyakitkan hati kawan-kawan, mengumpat belakang-belakang atau lebih tepat tikam kawan dari belakang. Contohnya tidak membeli tiket pulang beraya kawan-kawan walaupun sudah dipesan berulang kali. Sumber Kamus Dewan Edisi 6


Sambung Bacaan

Salam Aidilfitri buat semua. Sekarang kita masih lagi berada dalam mood Syawal. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, nampaknya umat Islam di Penang masih belum belum berhenti menyambut Hari Raya termasuklah aku. Weekend yang lepas, aku bersama geng-geng AMD yang lain telah bersepakat untuk mengadakan kembara raya di rumah kenalan AMD.  Kembara kali ini disertai Faiz Fudzaili, Afiq Ziekry, Kak Ayu, Kak Jannah, Kak Ummu, Kak Ain, Hidayah, Zimah, Ita, Indri dan adik Kak Ain(lupa nama hehe)
Rumah pertama yang diserbu adalah rumah Kak Ain di Air Itam, salah seorang engineer dalam department aku.  Pada awalnya Kak Ain berjanji untuk menyediakan makanan pada pukul 11, tetapi memandangkan gas habis ketika memasak, maka terpaksalah menunda pada pukul 12. Sampai disana, masing-masing sampai dengan perut yang kosong. Tanpa membuang masa, kitorang semua membelasah Soto Ayam dan Bihun Sup semampu mungkin. Habis 3 pingganaku makan =D

Selepas itu, kitorang bergerak ke Jelutong menuju ke rumah Nazira, bekas traine AMD dari USM.  Walaupun kenal hanya sebulan, tapi dia banyak berjasa kat aku dalam mengajar perkara-perkara basic dalam lab selain pernah menyebarkan virus selsema kat aku. Di sini, kami semua dihidangkan dengan Nasi Minyak bersama daging kurma dan gulai ayam. Walaupun segan, aku tetap makan 2 pinggan.

Destinasi seterusnya adalah rumah Nasira, kawan Kak Ayu yang aku kenal di Pulau Jerejak(dia curi kasut aku hari tu haha). Memandangkan kami semua telah kenyang, Kak Ayu telah mewarningkan awal-awal kat Nasira supaya menyediakan makanan-makanan ringan sahaja. Mula-mula masing-masing agak malu untuk makan, tapi bila dah start bercerita semua makan tanpa segan silu. Walaupun kenyang tapi makan jugak haha. Lepas tu, aku, Kak Jannah, Kak Ummu dan Faiz lepak kat USM. Faiz menjadi jurugambar manakala yang lain jadi model je hehe.

~macam kat oversea hehe~

Selepas Maghrib, kembara diteruskan lagi. Kali ini kami beraya di rumah Kak Minah, salah seorang staff AMD yang baik dengan kami. Akhirnya, setelah dibodek beberapa kali ketika bulan puasa hari tu, Kak Minah menjemput kami untuk makan-makan di rumah beliau. Menunya sangat best iaitu Nasi Minyak dan roti jala. Memang terbaik la masakan Kak Minah. Kenyang woo…

Keesokan hari nya iaitu hari Ahad, kembara raya diteruskan lagi. Kali ini team Perut Lahap dianggotai oleh Faiz, Faris, Anuar, Afiq, Kak Jannah, Kak Ummu dan Kak Ayu. Kali ini kitorang merantau ke Balik Pulau untuk menikmati Laksa Janggus di rumah Hidayah.  Sedap tau, sampai 2 pinggan aku makan. Tak termasuk kuih-kuih raya lagi. Hehe

Kemudian, kami meronda-ronda di sekitar jalan dari Balik Pulau ke rumah kami. Destinasi pertama adalah di atas bukit berhampiran dusun durian. Kawasan ni memang cantik lah, dah la sejuk. Nak je aku buat Istana Hinggap kat sini satu. Kalo booring boleh lepak-lepak kat sini.

Selepas itu kitorang singgah di Empangan Teluk Bahang. Selepas mengambil gambar dengan pelbagai gaya kurang senonoh, kitorang bergerak ke Taman Negara di Teluk Bahang. Sama jugak macam tadi, kitorang datang sini hanya untuk mengambil angin, bergambar serta membuang lebihan angin dari dalam perut.

Selepas itu, kami semua bergerak ke Tarbush Restaurant di Batu Feringgi. Menu kali ini adalah Nasi Beriani ayam. Satu pinggan RM24. Pergh, agak mahal bagi aku sebab rasa nya sama je macaam kat kedai Hameediah kat Georgetown yang aku pergi hari tu. nasib baik satu pinggan dikongsi dua orang, so dapat la aku berjimat. Hehe


Maka, berakhirlah Kembara Raya aku bersama AMDers. Thanx kepada semua kerana sudi meluangkan masa bersama-sama selama dua hari.  Semoga hubungan kita semua tidak akan putus selepas ini. Kesimpulan daripada Kembara Raya ini, kami semua makin rapat dan diameter perut aku makin bertambah T_T

p/s: Gambar aku cilok dari kamera Faiz, Anuar dan Kak Jannah

Sambung Bacaan

Air Suam

Posted In: . By Hazwan

Aku bangun seawal pukul 6 pagi, waktu yang dikatakan bagus sebelum keluar mencari rezeki. Aku memandang kiri dan kanan lalu meraba-raba mencari telefon bimbit di sekitar tilam. Ada mesej cinta dari Facebook tapi aku abaikan. Rumah aku sunyi sepi, hanya kedengaran bunyi bilah kipas yang berputar laju menghembus angin sejuk ke badan aku hingga menikam ke tulang kering. Di tepi tilam aku ada sebiji laptop berkulat, yang terpasang sejak semalam. Di skrin, terdapat 6 notification Facebook tapi aku abaikan. Aku buka Gtalk dan melihat mana-mana gadis yang online di awal pagi. Oh, inilah calon-calon yang sesuai untuk dijadikan isteri agaknya.
Aku meraba-raba perut, terasa sedikit buncit. Nampaknya effect beraya sakan semalam telah kelihatan. Tiba-tiba aku terasa haus lalu aku bingkas bangun mencari-cari sumber air. Oh tidak! Aku terlupa mengambil semula jag air panas yang diletakkan dalam peti ais semalam. Akibatnya, air panas semalam telah bertukar menjadi seketul ais yang besar. Aku tidak kekeringan idea. Aku lantas mengambil water heater untuk memasak air. Sementara menunggu air masak aku mengambil wudhu, mengenakan sepasang kain pelikat untuk dipadankan dengan baju biru Me Muslim sebelum bersolat subuh di atas sejadah biru.
Selesai saja solat, aku mengambil air panas tadi lalu di tuangkan kedalam jag yang mengandungi ais tadi. Pertembungan antara air panas dan ais ini telan menghasikan satu reaction lalu menghasilkan satu jag penuh air suam. Aku menuangkan sedikit air kedalam gelas percuma yang aku dapat dari Maxis sebelum meneguk perlahan-lahan. Pesan mak, selawat dulu 3 kali sebelum minum dan duduk. Tapi tadi aku tak selawat pun dan minum sambil berdiri sebab dahaga sangat. Sori mak iwang lupe T_T
Kepada kawan-kawan, minum air suam dipagi hari sangat bagus untuk jantung, paru-paru, menghadamkan makanan serta melegakan sembelit. Ia juga bagus untuk mempercepatkan proses pembuangan air besar di pagi hari. Ok lah, masanya telah tiba. Jom ke jamban!!!

Sambung Bacaan

Selamat Hari raya Aidilfitri buat semua.  Sedar tak sedar sudah 15 hari kita berada di dalam bulan Syawal.  Sebelum raya hari tu aku ada plan nak update pasal raya. Tapi bila dah raya, tiba-tiba je rasa malas nak update. Ermm, raya kali ni memang best. Sebabnya, aku berjaya mendapatkan cuti yang agak lame dari SV aku, Mr Ben.hehe
~My Family~

Tahun ini, semua family aku dapat berkumpul bersama-sama di pagi raya. Pejam celik pejam celik, sudah 15 orang rupanya ahli keluarga aku. Entah bila pulak giliran aku untuk menambah bilangan ahli keluarga ni hehe.
Tahun ni kutipan duit raya agak memuaskan haha. Aku pun terkejut sebab umur dah 21 tapi masih dapat duit raya. Yang paling kelakar, beraya kat rumah kawan pun dapat duit raya. Walaupun segan nak ambil, tapi rezeki dah ada depan mata. So, ambil je la. Maka, boleh la aku gunakan duit itu untuk bermain futsal bersama-sama kawan-kawan sekolah menengah dulu.
Alhamdulillah, raya kali ni aku sempat berjumpa dengan kawan-kawan dari sekolah rendah sampai la ke kawan di universiti. Tapi sedikit terkilan sebab tak dapat beraya dengan beberapa geng UTP di Terengganu kerana berlaku pertindihan jadual beraya bersama member yang lain. Takpe, nanti time konvo kita jumpa =)
~Geng 6 Murni~
~kawan SIF~

Sebenarnya aku nak share banyak gambar tapi malangnya semua gambar tak ada dengan aku(gambar dengan pempuan je ade :P). So lepas ni boleh la usha facebook aku kalau-kalau gambar telah di upload.  Oh ye, esok aku bersama-sama department QE AMD akan mengadakan Kembara Raya ke rumah staf-staf AMD. Ini bermakna perut aku akan penuh lagi esok. Yeayyyy  =)

Sambung Bacaan

Orang tanya aku, kenapa tak update blog? Bila nak update? Akhirnya aku sedar, ada jugak pembaca blog tua ni. Blog yang tak pernah berubah template nye sejak 2 tahun, blog yang penulisan langsung tak membuka minda rakyat, masih merapu macam dulu. Takde unsur-unsur yang matang langsung.ishh

Hari ni hari kedua aku masuk kerja selepas cuti raya. Kerja masih sama, takda perkembangan yang menarik. Kadang-kadang boring jugak. Tapi apa nak buat, hidup perlu diteruskan. Tapi ada satu perkara yang best hari ni iaitu makan kuih raya time kerja. Dulu kat sekolah dan kat U, kita selalu baca kat pintu lab yang kita tak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam lab. Tapi kat sini, selamber badak je budak department aku makan. Hari ni agak ramai yang membawa kuih raya. So, mulut aku hari ni memang tak henti-henti mengunyah. Ada peluang skit terus ngaap kuih raya.

Akibatnya, berat aku makin naik. Tadi sebelum lunch aku pergi timbang berat aku. Ya Allah, naik 5kg(berat sebenar terpaksa dirahsiakan). Dah la time sebelum raya ramai yang tegur pasal aku ni makin gemuk. Lepas raya makin la ramai yang tegur. Herm, jadi aku telah mengambil keputusan untuk keluar jogging selepas waktu kerja. Namun azam hanya tinggal azam, lepas kerja terus mengadap laptop, cek FB, email dan update blog. Patut la badan aku ni makin gemuk (>______<)

p/s: Lupa plak nak update pasal raya...
p/s2: Thanx to Kak Ainn =)
Sambung Bacaan


Salam Aidilfitri..

Tinggal lebih kurang 2 hari saja lagi sebelum umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dan malam ini aku akan mula start packing barang. Insyaallah dengan izin-Nya aku dijadualkan untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu pada pagi esok, 8 September 2010 dengan menumpang seorang kawan. Mintak-minta sampai sebelum waktu berbuka.

Mengikut perancangan asal aku akan cuti raya selama 4 hari saja.  Tapi memandangkan tiket bas telah habis, aku terpaksa beraya di kampung selama 11 hari. Aku tak tau nak gembira atau tidak sebab bos aku macam berat hati je nak bagi aku cuti. Cakap dengan aku pun macam sedih je. Sori Mr Ben, saya tak biasa dengan cuti raya yang pendek-pendek.


Jadi, melalui blog usang ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidillfitri kepada semua pembaca Bukan Sekadar Cakar Ayam ini. Ini merupakan kali ketiga blog ini menyambut hari raya hehe. Dah tua rupanya. Aku juga ingin meminta maaf kepada semua jika ada terkasar bahasa, mengeluarkan kata-kata yang yang menyakitkan hati, jiwa, raga, dan perasaan. Doakan aku selamat dalam perjalanan balik dan pulang. Nantikan update untuk Aidilfitri nanti. Salam~
Sambung Bacaan


Salam.
Sebenarnya aku nak tulis tajuknya “Plaza Gurney: Bukan Tempat Membeli-Belah Untuk  Aku” tapi panjang sangat. So aku cut skit. Kenapa aku tulis camtu? Sebab duit aku tak cukup untuk membeli-belah kat sana. Semua mahal la.Huhu
Semalam, coursmate yang tengan intern kat Petronas Fertilizer Kedah (PFK), Syazwan dan Zizie datang ke Penang untuk shopping di Plaza Gurney. So aku dengan Din pun tumpang la sekaki kesana. Sepanjang 3 bulan aku kat Penang ni, ni la pertama kali aku menjejakkan kaki ke Plaza Gurney. Tempatnya best, besar, ramai orang, kadang-kadang agak pening dengan laluannya dan jugak boleh buat hidung sang lelaki berdarah (??)


Tapi semalam aku tak membeli apa-apa pun. Aku, Din dan Zizi hanya ikut Syaz yang ingin menghabiskan baucer RM300 yang diberikn PFK kepadanya. Wahh, beruntung betul budak nih. Lepas tu, kitorang layan cerita Cats & Dogs: The Revenge Of Kitty Galore. Kali ni jugak pertama kali aku tengok wayang 3D jugak pertama kali aku tengok movie English tanpa subtitles. Nasib baik English nya senang nak tangkap, kalau tak komfem aku tidur.

Then, kitorang mencari-cari tempat untuk berbuka puasa. Kat sini kedai makan yang paling murah adalah McDonald. So, kitorang decide makan kat McD je. Aku pun order McValue Buka Puasa yang berharga RM6.40. Tapi makan McD je pun. So sebelum sampai rumah aku melantak Nasi dan Tom Yam semangkuk. Kesimpulannya, selagi aku tak makan nasi aku takkan kenyang. Sekian

Sambung Bacaan

Baby I'm Yours~ Artic Monkeys

Posted In: . By Hazwan


Baby, I'm yours (baby, I'm yours)
And I'll be yours (yours) until the stars fall from the sky,
Yours (yours) until the rivers all run dry
In other words, until I die

Baby, I'm yours (baby, I'm yours)
And I'll be yours (yours) until the sun no longer shines,
Yours (yours) until the poets run out of rhyme
In other words, until the end of time

I'm gonna stay right here by your side,
Do my best to keep you satisfied
Nothin' in the world can drive me away
'Cause every day, you'll hear me say

Baby, I'm yours (baby, I'm yours)
And I'll be yours (yours) until two and two is three,
Yours (yours) until the mountains crumble to the sea
In other words, until eternity

Baby, I'm yours
'Til the stars fall from the sky
Baby, I'm yours
'Til the rivers all run dry
Baby, I'm yours
'Til the sun no longer shines
Baby, I'm yours
'Til the poets run out of rhyme
(fade out) 




Sambung Bacaan


Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi kayu,

Jika kau menjadi kayu, 
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit dato’, tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul . 


Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi . 


Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun. 


Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.

Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang dilangit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan jadi bintang tiga .


Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam superman,
Sarung diluar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy .


Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin merdeka.

Jika kau ingin merdeka,
Lupakan tentang BERFOYA-FOYA BUANG MASA
Simpanlah MASA UNTUK BUKU DAN NOTA 
AGAR MAMPU UNTU KAU membeli kayu,
membeli pagar,
membeli mangkuk,
membeli bintang,
membeli seluar dalam,
membeli merdeka.
MERDEKA ……

Makna yang mendalam. Dipetik dari blog Sadaufm

Sambung Bacaan

Sepi Ramadhan

Posted In: , . By Hazwan

Salam

Hari ni suasana tempat kerja agak pelik. Biasanya sentiasa bising dengan orang buat kerja, jeritan Ita dan Indri yang berkelakuan seperti anak kecil, atau usik-mengusik oleh Chiam dan Ah Heng serta suara bising Faiz yang bergaduh dengan Kak Ayu. Kadang-kadang terdengar suara Aii Bee yang bising dengan perkataan "Urgent" nya.Kalau SV aku, Mr Ben dan Kak Ain tu sememangnya senyap. Afiq pulak takda, pergi training.

So, hari ni agak boring. Kerja tak banyak sangat dan semuanya senyap. Mungkin sebab Ah Heng tak datang hari ni. Atau mungkin masing-masing sudah berada dalam mood raya dan tak sabar-sabar ingin pulang ke kampung. Yela kan, sejak dua hari lepas lagu-lagu raya dan takbir raya sudah berkumandang dari corong radio AMD ni. Terharu betul. Dan aku pulak menyelinap masuk ke dalam bilik FESEM untuk menulis blog. Dah takde kerja lain, so tulis blog la yang paling best bagi aku.

Raya tahun ni aku tak sure lagi nak cuti berapa hari. Mungkin 4 hari atau 10 hari. Kalu 10 hari maka burn la waktu kerja aku selama 3 hari (ponteng la tu hehe). Kalau tak raya 4 hari je lah. Tu pun belum tentu lagi sebab tiket dari Terengganu ke Penang aku belum beli. So kalau takda tiket, aku boleh jadikan ini sebagai alasan untuk cuti lama.haha

Herm, tak sabar rasanya nak balik kampung. Tapi tahun ni mungkin aku akan sampai ke rumah pada malam raya. So aku terlepas daripada membuat sebarang kerja rumah. Rasa tak best pulak kalau camtu.

Ish, si Faris datang mengacau plak. Serabut betul, hilang mood nak menulis blog. Herm, kepada anda semua jangan duk difikirkan sangat pasal raya ni. Puasa pun belum habis.bye
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...