Selamat Hari raya Aidilfitri buat semua.  Sedar tak sedar sudah 15 hari kita berada di dalam bulan Syawal.  Sebelum raya hari tu aku ada plan nak update pasal raya. Tapi bila dah raya, tiba-tiba je rasa malas nak update. Ermm, raya kali ni memang best. Sebabnya, aku berjaya mendapatkan cuti yang agak lame dari SV aku, Mr Ben.hehe
~My Family~

Tahun ini, semua family aku dapat berkumpul bersama-sama di pagi raya. Pejam celik pejam celik, sudah 15 orang rupanya ahli keluarga aku. Entah bila pulak giliran aku untuk menambah bilangan ahli keluarga ni hehe.
Tahun ni kutipan duit raya agak memuaskan haha. Aku pun terkejut sebab umur dah 21 tapi masih dapat duit raya. Yang paling kelakar, beraya kat rumah kawan pun dapat duit raya. Walaupun segan nak ambil, tapi rezeki dah ada depan mata. So, ambil je la. Maka, boleh la aku gunakan duit itu untuk bermain futsal bersama-sama kawan-kawan sekolah menengah dulu.
Alhamdulillah, raya kali ni aku sempat berjumpa dengan kawan-kawan dari sekolah rendah sampai la ke kawan di universiti. Tapi sedikit terkilan sebab tak dapat beraya dengan beberapa geng UTP di Terengganu kerana berlaku pertindihan jadual beraya bersama member yang lain. Takpe, nanti time konvo kita jumpa =)
~Geng 6 Murni~
~kawan SIF~

Sebenarnya aku nak share banyak gambar tapi malangnya semua gambar tak ada dengan aku(gambar dengan pempuan je ade :P). So lepas ni boleh la usha facebook aku kalau-kalau gambar telah di upload.  Oh ye, esok aku bersama-sama department QE AMD akan mengadakan Kembara Raya ke rumah staf-staf AMD. Ini bermakna perut aku akan penuh lagi esok. Yeayyyy  =)