Salam Aidilfitri buat semua. Sekarang kita masih lagi berada dalam mood Syawal. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, nampaknya umat Islam di Penang masih belum belum berhenti menyambut Hari Raya termasuklah aku. Weekend yang lepas, aku bersama geng-geng AMD yang lain telah bersepakat untuk mengadakan kembara raya di rumah kenalan AMD.  Kembara kali ini disertai Faiz Fudzaili, Afiq Ziekry, Kak Ayu, Kak Jannah, Kak Ummu, Kak Ain, Hidayah, Zimah, Ita, Indri dan adik Kak Ain(lupa nama hehe)
Rumah pertama yang diserbu adalah rumah Kak Ain di Air Itam, salah seorang engineer dalam department aku.  Pada awalnya Kak Ain berjanji untuk menyediakan makanan pada pukul 11, tetapi memandangkan gas habis ketika memasak, maka terpaksalah menunda pada pukul 12. Sampai disana, masing-masing sampai dengan perut yang kosong. Tanpa membuang masa, kitorang semua membelasah Soto Ayam dan Bihun Sup semampu mungkin. Habis 3 pingganaku makan =D

Selepas itu, kitorang bergerak ke Jelutong menuju ke rumah Nazira, bekas traine AMD dari USM.  Walaupun kenal hanya sebulan, tapi dia banyak berjasa kat aku dalam mengajar perkara-perkara basic dalam lab selain pernah menyebarkan virus selsema kat aku. Di sini, kami semua dihidangkan dengan Nasi Minyak bersama daging kurma dan gulai ayam. Walaupun segan, aku tetap makan 2 pinggan.

Destinasi seterusnya adalah rumah Nasira, kawan Kak Ayu yang aku kenal di Pulau Jerejak(dia curi kasut aku hari tu haha). Memandangkan kami semua telah kenyang, Kak Ayu telah mewarningkan awal-awal kat Nasira supaya menyediakan makanan-makanan ringan sahaja. Mula-mula masing-masing agak malu untuk makan, tapi bila dah start bercerita semua makan tanpa segan silu. Walaupun kenyang tapi makan jugak haha. Lepas tu, aku, Kak Jannah, Kak Ummu dan Faiz lepak kat USM. Faiz menjadi jurugambar manakala yang lain jadi model je hehe.

~macam kat oversea hehe~

Selepas Maghrib, kembara diteruskan lagi. Kali ini kami beraya di rumah Kak Minah, salah seorang staff AMD yang baik dengan kami. Akhirnya, setelah dibodek beberapa kali ketika bulan puasa hari tu, Kak Minah menjemput kami untuk makan-makan di rumah beliau. Menunya sangat best iaitu Nasi Minyak dan roti jala. Memang terbaik la masakan Kak Minah. Kenyang woo…

Keesokan hari nya iaitu hari Ahad, kembara raya diteruskan lagi. Kali ini team Perut Lahap dianggotai oleh Faiz, Faris, Anuar, Afiq, Kak Jannah, Kak Ummu dan Kak Ayu. Kali ini kitorang merantau ke Balik Pulau untuk menikmati Laksa Janggus di rumah Hidayah.  Sedap tau, sampai 2 pinggan aku makan. Tak termasuk kuih-kuih raya lagi. Hehe

Kemudian, kami meronda-ronda di sekitar jalan dari Balik Pulau ke rumah kami. Destinasi pertama adalah di atas bukit berhampiran dusun durian. Kawasan ni memang cantik lah, dah la sejuk. Nak je aku buat Istana Hinggap kat sini satu. Kalo booring boleh lepak-lepak kat sini.

Selepas itu kitorang singgah di Empangan Teluk Bahang. Selepas mengambil gambar dengan pelbagai gaya kurang senonoh, kitorang bergerak ke Taman Negara di Teluk Bahang. Sama jugak macam tadi, kitorang datang sini hanya untuk mengambil angin, bergambar serta membuang lebihan angin dari dalam perut.

Selepas itu, kami semua bergerak ke Tarbush Restaurant di Batu Feringgi. Menu kali ini adalah Nasi Beriani ayam. Satu pinggan RM24. Pergh, agak mahal bagi aku sebab rasa nya sama je macaam kat kedai Hameediah kat Georgetown yang aku pergi hari tu. nasib baik satu pinggan dikongsi dua orang, so dapat la aku berjimat. Hehe


Maka, berakhirlah Kembara Raya aku bersama AMDers. Thanx kepada semua kerana sudi meluangkan masa bersama-sama selama dua hari.  Semoga hubungan kita semua tidak akan putus selepas ini. Kesimpulan daripada Kembara Raya ini, kami semua makin rapat dan diameter perut aku makin bertambah T_T

p/s: Gambar aku cilok dari kamera Faiz, Anuar dan Kak Jannah