~Holy shit ke ni??~

Sementara menunggu Din yang belum sampai ke parking, aku mencuci mata di atas motor yang enjinnya sedang dipanaskan dengan memandang bukit-bukau yang tersergam indah. Langit nampak mendung, mungkin hujan akan turun dalam masa 3 minit. Jangkaan ku meleset, tak sampai 2 minit hujan sudah turun. Sambil membebel keseorangan, aku mengenakan baju hujan biru semalam yang masih lagi basah.

Tiba-tiba Din sampai sambil tangannya sibuk menekan-nekan hanset. Sedang mengupdate status facebook agaknya, bisikku dalam hati. Memandangkan hujan belum memberi signal untuk berhenti, maka terpaksalah aku meredah hujan lagi hari ini. Aku menunggang dengan penuh hati-hati, sebab jalan agak licin. Aku sampai di AMD kira-kira pukul 8. Selepas punch kad di kantin, aku menjenguk-jenguk ke dalam kantin tapi tak ada mood nak makan. Mungkin penangan roti telur yang aku buat selepas subuh tadi masih berkesan di perut.

Aku tinggalkan kantin dan menuju ke lab. Sebaik saja mendekati tandas yang terletak dalam perjalanan ke lab, tiba-tiba pundi kencing ku terasa seperti digeletek. Dah penuh agaknya. Aku membuka pintu tandas perlahan-lahan. Seperti biasa baunya tak pernah wangi. Aku memilih tandas yang kedua dari tepi.

Oh shit! Ada sisa-sisa tahi dalam mangkuk tandas. Bengong punya orang. Aku ingat kat sekolah rendah je ada benda macam ni. Tak sangka pulak kat tempat macam ni pun masih wujud golongan yang masih segan-silu untuk menarik flush tandas. Aku cepat-cepat melompat keluar dari tandas lalu memasuki tandas bersebelahan. Hm, boleh la tahan baunya. Dan akhirnya, fuhhh lega.