Masih ku ingat, 13 Januari 2007. Hari itu hari pertama aku berada di UTP. Hari itu juga ibuku memberikan sehelai sejadah biru kepada ku untuk digunakan disini. Pesannya, jangan tinggal sembahyang. alhamdulillah walaupun kadang-kadang subuh gajah:D

Tapi kini, sejadah itu telah hilang. Tak tau sape yang ambik. So sad. Hm, mungkin ini petanda untuk aku supaya mengurangkan aktiviti sembahyang dibilik. surau kan ade kat belakang tu hehe

Lupakan cerita pasal sejadah tu. Hurm, dah lama aku tak update blog ni. Bukak pun dah jarang-jarang. Budak 3rd year katakan. Busy dgn study(of course), ETP, event dan beberapa benda lain yang mengarut. Sem depan plak dah nak gi intern. Mane mau pergi ni. Kerteh? Melaka? Miri? Dubai????hehehe. insyaallah kalau ade rezeki :P

Hari ni hari yang agak sibuk skit. Lepas ada briefing internship kat LH1, aku terpaksa plak ke Foyer V2 utk sesi pemilihan wakil UTP utk pertandingan Kapal Terbang Kertas. Setakat ni tak tau sape yang terpilih tp group aku memegang rekod paling jauh dgn kapal terbang ciptaan saudara Amirullah dan juga Faiz. Tak sia-sia kitorang training sampai pukul 3 pagi smlm bersama Wan Pai dan Deli. Mintak2 menang. Klau tak menang tak pelah, tak ada rezeki kot :)

Lepas tu plak terus ke stesyen minyak lame UTP utk mencuci kereta. Nak tau utk apa? Haa, baca poster kat bawah ni. Tp dah habis dah. Insyaallah bulan 3 akan ada lagi program ni. Sape yang tak sempat nak cuci tadi, harap bersabar ek. hehe


Letih jgk mencuci td. Tp takpe, ni salah satu sumbangan aku utk event MAKK ni..Erm, tu je kot.

Bye.....