Orang tanya aku, kenapa tak update blog? Bila nak update? Akhirnya aku sedar, ada jugak pembaca blog tua ni. Blog yang tak pernah berubah template nye sejak 2 tahun, blog yang penulisan langsung tak membuka minda rakyat, masih merapu macam dulu. Takde unsur-unsur yang matang langsung.ishh

Hari ni hari kedua aku masuk kerja selepas cuti raya. Kerja masih sama, takda perkembangan yang menarik. Kadang-kadang boring jugak. Tapi apa nak buat, hidup perlu diteruskan. Tapi ada satu perkara yang best hari ni iaitu makan kuih raya time kerja. Dulu kat sekolah dan kat U, kita selalu baca kat pintu lab yang kita tak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam lab. Tapi kat sini, selamber badak je budak department aku makan. Hari ni agak ramai yang membawa kuih raya. So, mulut aku hari ni memang tak henti-henti mengunyah. Ada peluang skit terus ngaap kuih raya.

Akibatnya, berat aku makin naik. Tadi sebelum lunch aku pergi timbang berat aku. Ya Allah, naik 5kg(berat sebenar terpaksa dirahsiakan). Dah la time sebelum raya ramai yang tegur pasal aku ni makin gemuk. Lepas raya makin la ramai yang tegur. Herm, jadi aku telah mengambil keputusan untuk keluar jogging selepas waktu kerja. Namun azam hanya tinggal azam, lepas kerja terus mengadap laptop, cek FB, email dan update blog. Patut la badan aku ni makin gemuk (>______<)

p/s: Lupa plak nak update pasal raya...
p/s2: Thanx to Kak Ainn =)