Hujan renyai-renyai di Bayan Lepas. Berbekalkan baju hujan warna biru yang terselit di bawah tempat duduk motor, aku merempit seperti seekor kura-kura dalam kebasahan bersama Din di belakang yang memakai helmet merah yang sangat besar dari tengkorak kepala.  Sampai di rumah, aku merebahkan badan ke atas tilam sambil mengurut kaki yang sakit. Arghh, kesakitan yang lama kembali lagi. Aku pun menggunakan tangan kiri untuk mengurut kaki  sambil  tangan kanan menghidupkan laptop.
Aku membuka google email. Ada berbelas email untuk dibaca tapi aku membuka satu email  dari Google Group [AwOk2] yang bertajuk “Gu Eater List”. Hampir pecah perut aku gelak bila baca komen-komen dari ahli [AwOk2]. Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang. Namun senyuman manisku terhenti bila melihat keputusan survey “ Pemakan Gu Terbaik”. Aku mendapat undian paling tinggi iaitu 17 undian.


Biar betul!! Sungguh tidak ku sangka aku telah disenarai hitamkan antara yang paling kuat makan gu. Aku merenung dalam-dalam tapak tangan ku. Bukan menilik nasib cuma cuba muhasabah diri. Mungkin banyak perbuatan makan gu aku selama ini. Ye, aku mengaku yang aku ni kadang-kadang suka menyindir orang dengan kata-kata yang lembut tapi pedas maksudnya. Kadang-kadang suka berterus-terang tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kadang-kadang suka melakukan perkara yang tak disenangi orang lain. Kadang-kadang….
Ahh cukup lah tu. Tak elok menceritakan perkara buruk diri sendiri kepada orang lain. Diam-diam sudah. Kepada yang mengundi aku, aku mintak maaf kalau ada termakan gu. Anda juga makan gu kerana mengundi aku. Kalau ada yang terasa, aku nak mintak maaf jugak. Tapi aku tak boleh nak janji yang aku takkan makan gu lagi. Hahaha chow…

p/s: Makan Gu bermaksud perbuatan yang menyakitkan hati kawan-kawan, mengumpat belakang-belakang atau lebih tepat tikam kawan dari belakang. Contohnya tidak membeli tiket pulang beraya kawan-kawan walaupun sudah dipesan berulang kali. Sumber Kamus Dewan Edisi 6