Pertama sekali, aku ingin meminta jutaan maaf daripada Nik Adli Hakimi kerana termakan gu tanpa disedari. Aku bukan sengaja tapi terlupa untuk mengupdate bahawa aku gagal untuk menghadirkan diri pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Ketika aku mendapat panggilan dari Migho dan mesej dari mu semalam, aku masih blur kerana sedang busy menyiapkan kerja. Aku ingatkan saudara mahu aku membeli tiket bas untuk pulang beraya Deepavali tapi rupa-rupanya tiket bas ke KL. Sejuta kali lagi maaf dipinta.
Di sini aku ingin menyatakan sebab-sebab kegagalan aku menghadirkan diri ke sana. Pertamanya, aku mendapat maklum balas daripada Aik bahawa beliau tidak pernah bersetuju untuk pergi ke sana. Jadi maklumat yang saudara sampaikan kepada aku di kedai mamak Kassim Mustafa ketika perlawanan Manchester United menentang Stoke hari tu adalah bohong sama sekali. Barangkali cerita kedatangan Aik adalah rekaan saudara Pojie a.k.a Lipan semata-mata. Aku mengaku, kalau Aik tak ada aku memang keberatan nak pergi.
Permasalahan kedua adalah kerana gaji aku untuk bulan ini terpaksa dipotong hampir separuh. Hal ini berlaku kerana kealpaan aku menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lepas hingga terponteng kerja selama 5 hari. Pemotongan gaji juga berlaku kerana kegagalan aku untuk hadir ke tempat kerja atas masalah kaki(bukan pinggang) selama 5 hari. . Memandangkan masalah kaki masih berlarutan, aku mengambil tindakan drastik untuk menarik diri daripada menghadiri perlawanan akhir ini.
Akhir sekali, aku takut telinga aku dipenuhi leteran oleh ibu dan kakak tercinta pada Depavali nanti. Aku dapat membayangkan apa yang bakal aku terima bila ibuku mengetahui aku ke Bukit Jalil walaupun kaki masih sakit. Aku dah boleh bayangkan skrip yang bakal aku hadapi nanti. Jadi, sebagai langkah keselamatan, aku terpaksa mengundurkan diri.
Akhir kata buat Adli, semoga Kelantan menang nanti menentang N9. Diharap dengan kehadiran dua penyerang Terengganu, Nor Farhan dan Hairuddin Omar, Kelantan akan lebih menyengat. Namun satu pesan ku, diharap “kemajalanmu” tidak berulang. Sekian
p/s: Manusia memang penuh dengan alasan :P