Aku berdebar-debar menanti giliran. Ku lihat Afiq di sebelah yang kelihatan tenang  membelek buku kecil warna merah di tangan beliau. Sesekali dia bagi semangat kat aku supaya bertenang. Aku pun tak faham kenapa aku rasa berdebar. Mungkin sebab ini kali pertama aku menawarkan diri untuk menderma darah.
Selepas beberapa ketika, giliran aku pun sampai. Kaunter pertama adalah tempat untuk menentukan jenis darah. Lelaki Cina di depan aku meminta aku menghulurkan tangan kiri untuk diambil darah. Yang ni tak sakit pun, macam kena gigit semut je. “ Kamu berdarah O aa. Sekarang pergi ke kaunter sebelah”, kata lelaki Cina tadi yang fasih berbahasa Melayu.  Aku berjalan tiga langkah dan duduk di kaunter  pemeriksaan tekanan darah.
Seorang lelaki seakan-akan hero Hindustan tersenyum kepada ku. Sambil mengambil borang derma darah dari tangan ku, dia menyoal,”  Sebelum ni pernah buat operation tak?”.  Kalau operation besar-besar takde, tapi kalau bersunat tu pernah la”, jawab ku dengan selamba.  Lelaki itu tersenyum sambil menahan gelak walaupun aku tak rasa benda tu lawak. Kemudian, aku tengok dia dengan senang hati menjawab borang kaji selidik tentang diri aku tanpa bertanya kepada aku.
Eh, jap-jap. Salah tu”, lelaki itu berhenti menulis bila aku menyampuk.” Minggu lepas saya kena injection dan hari ni saya ada ambil ubat painkiller”, kata aku untuk membetulkan apa yang telah di tick oleh lelaki itu kat dalam borang aku tu. Dia terdiam sekejap sebelum bertanya sesuatu kepada rakan beliau. Kemudian, selepas menyoal aku beberapa soalan, akhirnya dia menasihatkan aku  untuk membatalkan niat menderma darah. “ Kaki kamu dah la sakit, lepas tu kamu nak derma darah pulak. Takkan nak tambah sakit lagi kot”, kata lelaki tu.
Kesimpulan daripada ayat lelaki tu, menderma darah itu sangat sakit. Haihh, terbantut niat suci murni aku hari ni. Hampeh!!