Dua Soalan


Ada dua soalan yang orang selalu tanya aku. Pertamanya, kenapa tak tidur lepas Subuh? Jawapannya mudah, aku tak biasa sangat tidur pagi-pagi. Kalau aku tidur, komfem kepala aku pening sepanjang hari, badan rasa lemau dan emo tak tentu pasal. Ala-ala PMS sket haha.

Kalau balik kampung, aku banyak kerja sket waktu pagi. Sama ada pergi pasar untuk cari makanan atau pun pergi menolong nenek aku berniaga kat warung kopi berhampiran jeti penambang Seberang Takir. Kalau tak pun, pergi menebas dan mencangkul semak-samun kat belakang rumah.

Masa kecik-kecik dulu, waktu pagi aku ada sedikit tugas penting iaitu kena bagi ayam dan angsa makan. Sebab tu takleh tidur pagi. Tapi sejak masuk MRSM, kerja tu diambil oleh orang lain.

Kalau kat UTP, alasan aku bangun awal sebab internet laju hahaha. Tapi yang sebetulnya, bangun diawal pagi ni, murah rezeki sket ;)

Satu lagi soalan, tak sejuk ke mandi awal-awal pagi?

Sebenarnya kat rumah aku ni ada dua sumber air utama iaitu air paip kerajaan dan air telaga. Air paip berbayar ni dipasang sebagai persediaan kalau bekalan elektrik terputus. Kalau putus, camne enjin motor air kat telaga tu nak jalan.

Jadi setiap hari, sejak kecik aku dah terbiasa mandi dengan air telaga yang sejuk pada awal pagi. Sampai sekarang pun aku tak kisah sangat nak mandi awal-awal pagi. Bukan macam Aik, terpaksa masak air dulu baru boleh mandi hahaha.

Bila masuk U, aktiviti mandi awal pagi ni dah berkurang sebab jarang ada kelas waktu pagi. Kalau takda kelas, maknanya tengah hari baru aku mandi. Silap haribulan pergi kafe pun aku tak mandi. hihi

Tapi sejak kebelakangan ni, aku dah start balik madi awal pagi. Dengar cerita, tabiat macam ni dapat memanjangkan umur. Tadi aku ada baca satu status kat Facebok, mandi di awal pagi ni salah satu petua awet muda. Bila sejuk, badan akan menggigil dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisma badan.

Jadi, selepas menggoogle sket aku terjumpa sedikit info pasal ni. Sebenarnya amalan mandi pagi ni juga diamalkan oleh samurai Jepun untuk memberi semangat dan juga memberi ketenangan. Antara kelebihan yang lain adalah:

  1. Mandi dengan air dingin akan meningkatkan sel darah putih. DAN meningkatkan daya tahan tubuh.
  2. Mandi dengan air dingin dapat meningkatkan kesuburan
  3. Mandi pagi dengan air dingin dapat membuat rambut lebih sehat
  4. Mandi air dingin berkhasiat meredakan stress dan tekanan
  5. Mandi pagi mampu melancarkan peredaran darah DAN segarkan badan.

Cess, aku ingat nak tulis dua tiga perenggan je. Terlajak menulis panjang pulak. Untuk tips lain, Google la sendiri yer. Wasalam~

Comments

farhana roslee said…
ouh patotla tok ngn tokki aku panjang umur berbanding kawan2 die yang lain..pukul 5pagi die mesti bangun mandi dari dulu sampai la sekarang...bagus2,enty berilmiah... hehe:)
Amin Baek said…
kalau kol 11,kre awal lagi x?

hahaha..

kt umah biasa buat2 kerja,bepeluh2 sakan,pastu bru mandi..tak bes if mandi awal2,pastu peluh2..

ada cadangan lain tak prof yao?

haha
Wadi AR said…
gua takde kampung. mohon bawakkan mandi air telaga
Hazwan said…
@farhana roslee ~

dulu aku pernah tinggal kat rumah arwah toki aku..pukul 5 pagi kena mandi doh kat telaga, sejuk ketor..tp betol la, umur arwah agak panjang berbanding org lain..
Hazwan said…
@amin baek ~

lewat tu woi..yup, kalau ada keje aku tak mandi jugak..

cadangan ape ni min? ikut je sunnah rasulullah hehe
Hazwan said…
@wadi ~

mohon datang sini..tapi takleh mandi tepi telaga, nanti seksi sangat haha
Faris said…
aku payoh sikit mandi air sejuk kaw2.. psl sejak kecik mandi pagi dgn air suam/panas... wakaka. tp kne biasakan ckit2 psl mu kata tips nk subur.. LOL
Anonymous said…
hanan ; budak bandar skang pun da hebat. tak takut mandi pagi. hi hi
Waa..bestnye mandi pagi...
nak amalkan balik la..hehe
(^_^)
Hazwan said…
@Faris ~

Hahaha..nampok jugok mu point tu..sbb tu kot, org2 alim ni ramai anak hihihi
Hazwan said…
@hanan ~

sape budak bandar tu? ce citer hehe
Hazwan said…
@nasrullah ~

amalkan mandi pagi bro..ko tu tak pernah mandi pagi pun aku tgk haha
ch000tz said…
kalau tido pas subuh alamatnyer memang selamat lah sampai ke kul 9baru bangun balik heheh
Hazwan said…
ish..tgk org la..ade jgk yg sampai kul 12 tgh hari haha
Hazwan said…
jarang nk buat..sebab sejuk hihhi

Popular Posts