Sejak kecil lagi aku sudah membiasakan diri dengan makanan pedas. Bagi aku agak kurang nikmat makanan tanpa perisa pedas ni. Lagi nikmat bila makan makanan pedas sampai meleleh air mata dan hidung. Nikmat dia memang susah nak dicerita. Tak terkata. Tapi aku hairan macam mana lidah manusia boleh mengesan rasa pedas. Sebab dalam buku sains darjah enam dulu dia tulis lidah boleh kesan empat rasa je kan? Tak termasuk pedas kan?

Argh, lupakan.

Sebelum pulang ke UTP hari tu, aku dah siapkan tiga jenis perasa pedas sebagai bahan tambahan makanan iaitu budu yang dah dicampur dengan cili api, tempoyak dan rendang tok-tok. Sambal belacan aku malas nak bawak. Budu dan tempoyak ni aku beli je kat kedai kecuali sambal tok-tok yang aku buat sendiri. Sambal tok-tok ni aku mula kenal waktu cuti hari raya. Itu pun adik aku yang bawak balik resepi ni. Entah dari gua mana dia belajar resepi ni aku tak tahu. Jadi sementara masih ada masa lapang, aku nak ajar kamu semua cara membuat sambal tok-tok. Kalau yang dah tau tu sila duduk diam-diam.

Resepi Sambal Tok-tok

Ramuan dia mudah je, hanya ikan bilis dan cili api. Cili api ni aku rembat dari pokok yang mak abah aku tanam. Yang jenis kecik ni rasa dia memang pedas giler. Jadi, agak sesuai la dengan nafsu pedas aku. Ikan bilis pulak aku ambil dari peti sejuk. Rasanya adik aku punya haha. Kuantiti dia ikut suka je. Tak perlu buat sukatan macam buat kuih raya.


Kemudian, dengan menggunakan lesung batu aku tumbuk cili api sampai lumat. Kalau nak guna blender boleh kot tapi nanti nama dia dah tak jadi Sambal Tok-Tok dah. Mengikut cerita, nama Sambal Tok-Tok telah diilhamkan daripada bunyi lesung batu yang ditumbuk ketika membuat sambal ni. Jadi lebih afdhal jika guna lesung batu berbanding blender. Kemudian masukkan ikan bilik ke dalam lesung batu dan tumbukkan sampai jadi macam dalam gambar diatas. Selepas itu, gaulkan bersama-sama cili api yang ditumbuk lumat tadi. Berpeluh ketiak aku buat aktiviti menumbuk ni.

Selepas penat menggaul, panaskan minyak didalam kuali. Aku tak pasti nak letak minyak banyak mana sebab mak aku yang tolong letak. Buat anggaran sendiri la ek. Kalau nak buat sambal tinggi kolesterol, letak la minyak banyak sikit. Selepas minyak dah panas, humbankan saja bahan-bahan tadi dari jarak yang dekat. Dan jangan bukak api besar sangat, nanti hangus. Ini merupakan part yang paling bosan kerana aku terpaksa menunggu terlalu lama  untuk ikan bilis menjadi garing. Dan jangan lupa kacau bahan ketika masak, nak kasi garing dia sama rata.

Selepas hampir sejam, anda akan melihat warna ikan bilis tadi akan bertukar kepada warna keperang-perangan atau hitam-hitam manis. Ambil sedikit dan rasa sendiri. Kalau dah garing, taburkan gula sesedap hati seperti gambar kiri dan gaul sehingga rata. Tunggu sehingga sejuk dan simpan dalam bekas, takut semut datang buat pesta kat situ. Kemudian, simpan dalam beg dan bawak balik ke UTP.

Kesimpulannya, kalau aku nak bawak lagi lepas ni, aku nak suruh adik aku buat pulak. Tak larat nak buat sendiri. Lagi pun apa guna ada adik perempuan tiga orang kalau tak boleh nak tolong abang sendiri kan? Kah kah kah

Selamat mencuba~