Aku ambil sekeping kertas, di atasnya aku lakarkan lukisan kehidupan. Aku lukis satu-persatu dengan molek dan berhati-hati. Di atasnya aku lukis satu pelangi impian sebagai penyeri kehidupan. Namun tak adil rasanya jika pelangi muncul sebelum hujan. Lantas aku padamkan lukisan pelangi, dan aku gantikan dengan awan gelap. Tiba-tiba hujan turun mencurah-curah dari awan gelap itu. Aku panik. Lukisan aku basah. Aku jatuh terduduk melihat hujan itu turun. Aku tak mampu berbuat apa-apa kecuali berharap hujan itu akan berhenti walaupun aku tak pasti bila ia akan berhenti. Semoga selepas hujan ini, pelangi akan muncul kembali dalam lukisan aku ini. Agak-agak, pelangi tadi akan muncul tak dalam lukisan aku ini? Mana la tahu kalau-kalau dia berkecil hati selepas di padam tadi. Herm..

Sejak bila aku pandai melukis ni?