Sekarang orang tengah kecoh dengan masalah obesiti. Budak-budak sekolah zaman sekarang dikatakan semakin gemuk. Ya, aku setuju.
Tapi yang aku tidak setuju bila sesetengah meyalahkan makanan di kantin terutamanya nasi lemak yang dikatakan penyumbang masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Lalu pelbagai pihak mula berlumba-lumba mengeluarkan pelbagai idea yang dikatakan sangat bernas untuk menangani masalah ini tapi bagi aku sangat membazir dari segi wang ringgit.
Padahal makanan yang disediakan di kantin sekarang sama je dengan zaman aku sekolah dulu. Budak-budak zaman aku pun makan nasi lemak jugak. Kadang-kadang ada yang makan nasi ayam hari-hari. Tapi tak gemuk-gemuk jugak. Si Peyo, misalnya.
Aku rasa yang salahnya mak ayah. Apa taknya, kalau hari-hari duk menyogok anak-anak dengan makanan segera. Hot dog, daging burger dan nugget dah jadi macam makanan ruji budak-budak sekarang. Dah la dalam tu ada pelbagai jenis bahan kimia. Tak termasuk lagi dengan KFC, Mekdonel dan juga Pizza.
Zaman aku kecik dulu, KFC dan Mekdonel tu memang jarang masuk dalam tekak. A&W pun kadang-kadang. Yang aku kenal hanyalah nasi, cekodok, lempeng dan juga beberapa kuih tradisional. Aku yakin, dengan makan makanan sebegini memang takkan mudah nak jadi budak obesiti.
Budak-budak pun satu hal. Makan je banyak tapi nak naik basikal pergi sekolah pun malas. Tengok aku dulu, dari darjah tiga dah naik basikal. Naik bukit turun bukit, amik selekoh tajam slamber je lepas tangan. Sebab tu time kecik aku ni gemuk dan taff. Bukan gemuk dan lembik macam budak zaman sekarang.
Kerajaan pun problem jugak. Hampir semua padang bola dah jadi tapak perumahan. Kalau ada pun, banyak dah jadi padang meragut rumput bagi warga kambing dan lembu.Taik merata-rata. Kesannya, budak-budak banyak mengadap TV dan computer sambil makan cekedis. Hari-hari duk main game. Sepak bola tak pandai tapi main PES mengalahkan Messi. Lama-lama jadi gendut.
Sebenarnya banyak lagi punca masalah obesiti ni. Tapi aku dah malas nak membebel. Bukan kerajaan dengar pun. Tak perlulah nak bazirkan duit rakyat dengan idea yang bukan-bukan. Oh, lupa nak cakap. Best jugak cerita Ultraman Mebius tadi keh keh keh.