UTP

  • Mengikut perkiraan kalendar Hijrah, tinggal lebih kurang tiga minggu lagi sebelum aku kembali ke UTP. Kalau ikut kalendar lain pun boleh. Hurm, aku tengah bayangkan bagaimana kehidupan aku selepas ini selepas kembali ke UTP. Mintak-mintak semuanya berjalan dengan lancar. Kepada sesiapa yang pernah berjanji untuk belanja aku, siapkan duit awal-awal yer. Kepada mereka yang aku pernah janji nak belanja, buat-buat lupa dah la. hehe
FAM
  • FAM memang tiada pendirian. Dengan tiba-tiba saja pengambilan pemain import untuk Liga Super kembali dibenarkan untuk edisi akan datang. Beberapa persoalan mula timbul. Adakah drama persatuan-persatuan bola yang muflis kembali berulang? Adakah wajah-wajah sugul pemain bola yang tidak dibayar gaji akan kembali mewarnai kaca televisyen dan media cetak? Atau berita kematian pemain import yang membunuh diri akan kedengaran seperti pernah berlaku pada suatu ketika dahulu?
  • Berdasarkan rekod yang ada dalam kepala aku, pencapaian Malaysia agak gah sewaktu ketiadaan pemain import dalam liga. Antaranya melayakkan diri ke final Sukan Sea Kuala Lumpur 2001 dan meraih perak sebelum memenangi pingat Emas dalam edisi 2009. Dan akhirnya merangkul gelaran juara Piala Suzuki AFF 2010.
  • Tanpa pemain import, peminat mula mengenali Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan beberapa nama besar lagi yang semakin meniti di bibir peminat bola sepak tempatan. Tapi apa boleh buat. Setiap orang ada pandangan berbeza yang mungkin aku tidak nampak. Gudlak FAM!
Politik
  • Politik sumpah mula menular. Tapi aku masih keliru kerana ada pemimpin agama yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Aku yang masih cetek dengan ilmu agama ini kadang-kadang tak tau apa yang patut di buat. Tapi yang aku pasti, pihak lawan si pesumpah pasti tidak akan percaya dengan sumpah si pesumpah. Buktinya, kita rujuk dengan peristiwa terdahulu.  Jadi, masih relevankah upacara sumpah ini? Yang aku harap, si pesumpah ini tak akan menjadi seperti sesumpah yang tidak tetap dalam pendirian. 
Palestin
  • Fatah dan Hamas mula berdamai. Satu langkah positif yang aku kira pasti akan menimbulkan kemarahan Israel. Semoga proses damai ini akan mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Palestin dan melemahkan pihak Yahudi. Insyaallah~

p/s: Gudlak CPL T___T