Salam 
Minggu lepas, aku dan tiga lagi kawan-kawan dari UTP telah pergi Pulau Jerejak. Kami pergi ke sana pun setelah di ajak oleh supervisor muda aku Kak Ayu dan Kak Jannah serta dua orang lagi sahabat mereka, Ummu dan Nasira.

~Sejarah Pulau Jerejak~


Sebelum tu aku nak cerita skit pasal Pulau Jerejak ni. Pulau Jerejak ni terletak di Pulau Pinang,  dan merupakan pusat kegiatan aktiviti luar. Dulu tempat ini menempatkan sebuah penjara lama dan juga merupakan hospital bagi pesakit Kusta. Terdapat juga cerita-cerita pelik lain seperti kewujudan Bigfoot tapi cerita tu masih belum sahih lagi.

~view from jeti~


Aku ke sana dengan mengikuti pakej yang disediakan yang mengenakan bayaran RM60 termasuk makan yang sangat la banyak. Pagi-pagi lagi, kami berkumpul di jeti untuk membuat pembayaran di sebuah kaunter. Then sebuah bot datang untuk membawa kami ke sana.
Terdapat banyak aktiviti kat sini seperti Flying Fox, Jungle Tracking, Memanah, Wall Climbing, Paintball dan macam=macam lagi lah. Jom usha gambar yang tak seberapa ni jap. 

~kanak-kanak riang tak sabar nak main selepas sampai di jeti Pulau Jerejak. Antara benda pelik kat empat ni yang aku perasan ialah kewujudan kereta Kancil yang tiada pintu. Dah la banyak, pelik betul haha~


~Kitorang ber-Jungle Tracking dengan budak-budak nurse dari Hospital Penang. Kebetulan terserempak dengan ex-schoolmate Tun Najihah yang aku tak pernah tegur pun dulu.haha. Kitorang di bawa jalan-jalan dalam hutan dan di tunjukkan tapak rumah pesakit Kusta dan juga melalui jambatanbesi gantung~

~ni first time aku memanah. Walaupun bukan semua mengenai sasaran, tapi aku tetap puas hati~

~Aku memang tak suka aktiviti memanjat. Sebabnya, aku ni gayat haha. Seperti yang dijangka, aku failed nak sampai ke puncak tu =.= ~

~Berbasikal di Pulau Jerejak memang best. Teringat time dulu-dulu, selalu ke sekolah dengan basikal. Sekarang naik basikal pun dah janggal. Tapi skill lepas tangan masih belum hilang hehe. Kitorang naik basikal untuk ke penjara lama sebenarnya tapi sayang kerana jalan di tutup untuk proses membina tangki air~




Selepas habis aktiviti ni, aku demam seminggu. Ceitt =.=

p/s: Klik kat sini jap. SINI!!!