Hari ni aku cuti dari kerja..
Bukan malas tapi sedikit demam batuk dan selsema..
Tapi bukan ini yang aku nak cerita..
Cerita ni lagi best..

Tadi..
Selepas selesai tidur dengan sepuas-puasnya
Aku turun ke bawah untuk mencari sepinggan nasi untuk dimakan
Selepas mengambil nasi berlaukkan ikan keli goreng..
Aku duduk dalam kedai dengan pemandangan kea rah jalan yang tidak begitu sibuk
Dengan 4 orang lelaki yang sedang duduk di meja hadapan..
Ada yang nampak macam orang Malaysia….
India pun ada..
Indonesia pun ada..
Aku buat tak tau je..

Tiba-tiba datang seorang budak lelaki dalam umur 10 tahun..
Dia keluar dari kereta yang dipandu ayahnya (mungkin) sambil membawa sepelastik cecair hitam..
Aku mula berasa pelik..
Nampak macam ubat batuk je..
Haihh..
Kecik-kecik dah pandai meniaga rupanya..
Dan salah seorang lelaki didepan tadi terus mendapatkan cecair hitam itu..
Dia pun berjalan ke kereta tadi dan bercakap dengan ayah budak terbabit..
Selepas bergelak-ketawa dan tersenyum kambing beberapa ketika,..
Mereka bersurai..

Aku pun buat bodoh je dengan hati yang menyumpah-nyumpah..
Bodohnya lelaki tu..
Jual ubat batuk bersama anak..
Dah la kecik lagi budak tu..
Kalo kecik dah pandai jual ubat batuk ..
Bila besar nanti jual apa agaknya??

BENGONG!!

p/s: memandangkan tekak aku kurang selesa, aku pon Google untuk mencari petua menghilangkan batuk dan ini salah satunya." Amik Coca-Cola dan campurkan dengan segelas susu pekat. Then minum setiap hari diwaktu pagi". Betulke???hmm