Salam..

Hari ini hari yang menarik. Setelah pemergian Muzek ke kampung beliau di Kedah dan Din ke UTP, menyababkan aku terkapai-kapai berduaan bersama Alif. Lantas aku mengambil keputusan meminjam motor EX5 Nuar untuk dijadikan alat pengangkutan dalam cuti 3 hari ini,

Bangun pagi, aku terus bersiap-siaga  bersama kelengkapan sukan untuk berjoging di kawasan belakang kediaman Flat Seri Indah ini. Tapi hampa, tiada laluan yang sesuai. Lalu aku membawa diri ke parking untuk bermain tali skipping berseorangan.

Selepas keletihan, aku pulang ke rumah lalu mengejutkan Alif yang sedang lena di pembaringan. Selepas menyiapkan diri, aku dan Alif meluncur ke kedai mamak Deen Baru. Selepas membaham sekeping roti telur dan roti bawang yang ditemani air teh panas, kami berlepas ke Queensbay.

Sampai di Queensbay, tak ada apa yang menarik perhatian. Jadi aku bergerak ke  bersama Alif menyusuri jalan ke Batu Maung. Baru je bergerak sekejap, tiba-tiba tayar pancit. Namun kami tidak panic. Dengan pantas kami memimpin moto ke sisi jalan dan meminta pertolongan daripada sekumpulan lelaki yang kebetulan sedang menampal poster untuk pertandingan memancing.

Selepas mengejas nombor telefon awek mekanik dari diorang, aku pun call mekanik tu untuk menyalin tiub baru. Selepas semuanya setel, aku bergerak dan singgah di sebuah pusat ikan bakar untuk memberikan Alif peluang mengambil gambar-gambar disana.

Then, kami bergerak lagi dan menuju ke satu destinasi yang dipanggil Teluk Tempoyak, suatu tempat yang sangat famous dengan masakan ikan bakarnya.  Selepas melepak-lepak bersama sekumpulan kaki joran, kami chow dan bergerak ke Tokong Ular. Kami duduk kat situ sekejap saja, just nak ambil gambar je.hehe
Lepas tu, kami ke Bukit Gedung. Kali ni kami tersesat. Aku tak tau la mana aku pergi tadi. Selepas berpusing dua tiga kali, akhirnya sampai balik ke Tokong Ular tadi.haha. Selepas keletihan,  kami pulang ke rumah.

Petang pulak, aku ke Balik Pulau bersama Alif dan Moh. Budak dua orang ni bijak dalam ilmu seni fotografer ni dan aku expert dalam bidang modeling. So aku follow je lah diorang. Sampai sini, aku terserempak dengan Firman, ex-trainee kat AMD. Smbang-sembang dengan dia, baru ku tahu nama tempat tu ialah Pantai Pasir Panjang yang pernah mengorbankan 6 orang semasa Tsunami dulu.Ouuhh

Selepas melayan angin laut dan melihat matahari terbenam cewaah, kami bertolak pulang ke rumah masing-masing dengan letih dan mengantuk. Tapi aku terpaksa berjaga malam ni memandangkan kejap lagi adalah fina FIFA World Cup 2010. Tapi aku tak sokong mana-mana team sebab Brazil dah terkeluar awal-awal lagi. Huhu T_T


~pose istimewa dari saya di Balik Pulau :P~