Salam.

Hari ni aku terbaca satu keratan akhbar dari Kosmo Online yang bertajuk "Kadar Kelahiran Merosot 2.2%". Menurutnya, kadar kelahiran penduduk Malaysia yang menurun kepada kadar 2.2 peratus pada 2008 berbanding 2.6 peratus pada 2000. Faktornya, sebab melengahkan perkahwinan.

Tapi bagi aku la, kadar kelahiran tak merosot pun sebenarnya. Buktinya, setiap hari banyak je kes pembuangan bayi. Menurut statistik lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

So, dalam ayat yang mudah, 83 bayi luar nikah dilahirkan setiap jam.WTF! Banyak kot. Tu yang sudah didaftarkan tak termasuk lagi yang tak didaftarkan.Patut la sekarang boleh jumpa bayi free kat mana-mana. Kat tong sampah, tangga masjid, sungai, ladang gandum sawit dan macam-macam lagi.



Kepada perempuan di luar sana, jangan la jual murah sangat dengan lelaki. Bila engkau mengandung, diorang buat tak tau je. Dah banyak kes macam ni berlaku, takkan tak pernah baca cerita macam ni dalam surat khabar atau TV. Last-last korang jugak yang kena tangkap sebab buang bayi. Yang lelaki pulak cari mangsa lain.



So, solusi nya??? Lu pikir lah sendiri. Bye