Kegembiraan ku lesap begitu saja. Selepas berjaya menjaringkan gol ke dalam lubang paling atas di booth World Cup Maxis kat Bukit Jambul, aku begitu gembira sekali. Tapi sayang, ia nya tidak berkekalan lama. Gol Sneidjer meragut telah segala-galanya.

Semuanya bermula dengan perangai reff yang agak bodoh. Buat malu orang Asia je, baik la gantikan dengan Abg Subkhidin kita yang telah hilang entah ke mana.

Perlawanan bermula dengan penguasaan lebih memihak kepada Brazil. Belanda seperti anak ayam kehilangan ibu yang yang terkapai-kapai seperti tidak tahu bermain bola. Permainan Samba Brazil sangat cantik, lebih-lebih lagi bila Robinho menjaringkan gol hasil lorongan cantik dari Melo.

Namun, separuh masa kedua sangat berbeza. Permainan Brazil mula hambar. Mungkin letih menari samba agaknya. Selepas Melo menjaringkan gol sendiri, Belanda mula bersemangat manakala Brazil mula hilang arah. Lepas tu, damn, Brazil kalah.

Konklusinya, aku anti pasukan Eropah kali ni. Kalo boleh aku nak Ghana menjadi juara di bumi Afrika selepas kepulangan wira Asia ke pangkuan keluarga masing-masing. Erm, Argentina pun ok…

p/s: takda mood, jangan mengada-ngada