Siapakah Mat Indera?


Salam.

Selepas beberapa hari mengikuti perkembangan isu panas yang membabitkan seorang pemimpin PAS, aku tergerak hati untuk membaca tentang sejarah Mat Indera yang berkait-rapat dengan isu ini. Tapi aku hairan, waktu aku layan berita TV3 hari tu, rasanya tak ada pun disebutkan pasal Mat Indera. Yang ada hanyalah Bukit Kepong, Mat Sabu dan Komunis Tetapi selepas membelek-belek beberapa suratkhabar online dan blog, baru aku terjumpa nama ini.

Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin (gambar), ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.

Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong 

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.

Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera. 

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Komen aku:


  • Kisah Mat Sabu dan Mat Indera ni takkan jadi kontroversi kalau cerita sebenar tidak diputarbelitkan oleh sesetengah pihak. Dan semakin panas bila ada SESETENGAH penyokong kerajaan dan pembangkang yang membuat komen yang merapu di blog. Aku baca pun jadi pening. 
  • Bagi aku tidak perlu mengkritik perjuangan UMNO terdahulu, walaupun ada yang tak setuju dengan cara mereka tapi kita telah merdeka. Kan? Yang penting, betulkan beberapa fakta untuk mengiktiraf pejuang kebangsaan yang telah dipinggirkan selama ini. Lagi pun, Mat Indera sendiri diiktiraf oleh kerajaan Johor iaitu Yayasan Warisan Johor sebagai salah satu pejuang ternama di negeri itu.
  • Kisah Mat Indera ni menarik sebenarnya dan perlu dikaji bagi memberi kefahamamn kepada generasi kini tentang kisah pejuang zaman dahulu. Kalau bukan kerana kontroversi Mat Sabu, aku takkan kenal siapa Mat Indera ni.
  • Pasal komunis ni, ideologi komunis sudah jelas bertentangan dengan Islam. Menurut sesetengah pendapat, kita tak boleh sokong mereka walaupun mereka berjuang menentang penjajah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kan? Kalau aku salah sila betulkan.
  • Aku tak hidup dalam zaman ni, so tak boleh nak komen banyak-banyak.
  • Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ini, sila rujuk di baris ayat yang aku telah highlight kat atas tu. Sekian. 


Sumber: Kelab Greenboc

Comments

terry bogart said…
aku pernah tnya dr muhaimin sulam tentang penglibatan ahmad boestamam n beberapa tokoh melayu-islam dalam komunis.. n

after discuss,
pada pndapat aku, xboleh pandang bnda ni secara direct.. time tu tngh perang, n kalau nak geng ngan orang baik2 je,maybe perjuangan xbergerak.. just something to ponder
erm..first time dengar pasal Mat Indera..
Faris said…
hukum di zaman perang/darurat berbeza...

telah panjang lebar diterangkan dalam buku2 fiqh jihad dan fiqh awlawiyyat.

tak ramai ulama' mahupun ustaz2 yg mahir dalam bidang ni... kalo aku sebut a few names, org akan kata bias. so, terserah...
Hazwan said…
@terry @faris~ nanti kalau ada masa, boleh xplain kat blog..bleh aku tmbah ilmu aku yg sikit ni =)

@fatin ~ huhu..same la =)
AnisNorzam said…
susah nak percaya sejarah.sbb mcm2 teori dan pendapat. sedangkan dalam buku sekolah sejarah yang diwar2kan teori darwin tu tak tahu benar ke tak.
Hazwan said…
mcm citer zaman mesolitk, peleolitik tu la..dlm quran ckp nabi adam diturunkan ke bumi dgn ilmu yg bnyk..so teori tu ternyata salah...kan3..
Admin said…
biasalaa..semua nak jadi jaguh kampung..melalak dan mencaci..politik malaysia..hehe
Admin said…
biasalaa..semua nak jadi jaguh kampung..melalak dan mencaci..politik malaysia..hehe
eva said…
huhuh sedih betol lah.. skrg nak gaduh2 pulak.. penat lelah perjuangkan sampai pa yg kta dpt skrg.. jgnkan nanti tgn sendiri pulak yang mhancurkan..
Hazwan said…
tu tugas kita plak, utk mngekalkan keamanan negara ini..semuanya ditngan kita~
Anonymous said…
the thing u highlighted tu perkara paling penting sbenarnya...dari dulu sampai sekarang mereka je yg mengkhianati kita..tapi kite sume tak nampak.masih memberi ruang mereka mengambil tempat sedikit demi sedikit di dalam pentadbiran negara atas dasar kesaksamaan.think carefully..simpang malaikat but we nearly going to be like singapore one sweet day if this thing continuously happened.bangunlah bangsa melayu yang kian layu.bangun menjadi pemimpin mempertahankan bangsa sendiri..bukan memenuhkan periuk nasi tembolok keturunan!salam
NUNOCINI said…
Moral yg bleh kita dpt kt cni:
Pemimpin UMNO (yg skang ni la) mmg tk baca sejarah.. melalak bukit atas kepentingan politik semata2. Auta tk bleh lwn ngan fakta. Sorang professor kangkung yg nk mngampu tu pun dh kna damned ngan ramai prof/cndiakawan2 sejarah. Tu la psal klu tk ikhlas dlm nk mmberi pndapat.. last2 kna bodow atas btg idung sndry.. Lg la klu tk ikhlas dlm perjuangan.. rkyat bleh nmpk ke'bangang'an dlm tndak tnduk pmimpin trsebut. Sntiasa ingat dlm hati kita yg briman.. Allah tu MAHA KAYA.. W'sallam

Popular Posts