Cara Dapatkan Buffered Earning Daripada Nuffnang
Bagaimana nak dapatkan Buffered Earning daripada Nuffang? Itu
antara persoalan yang sering ditimbulkan kebanyakan blogger sekarang. Seperti anda
anda dapat lihat, hampir semua blog sekarang mempunyai iklan Nuffnang yang
diletakkan dengan tujuan untuk mendapatkan sedikit pendapatan sampingan. Namun ramai
merungut kerana duit yang diperolehi adalah ciput. Jadi cara yang terbaik
adalah dengan mendapatkan Buffered Earning.
Jadi, apa itu Buffered Earning? Entah, aku tak reti nak
terangkan macam mana haha. Tapi bila
ada Buffered Earning ni, semakin banyak visitor
kita, semakin banyak duit yang kita dapat dan ia tidak bergantung kepada
jumlah klik pada iklan. Jadi, macam mana nak dapatkan Buffered Earning? Aku ada
cara yang ingin dikongsi bersama.
Pertama sekali traffic blog anda mestilah maintain. Tak sampai
seratus sehari pun takpe. Dapat 50 unique visitor pun dah ok tapi pastikan traffic
maintain, jangan bagi jatuh. Jadi camne tak nak bagi jatuh? Lain kali aku ajar,
tu pun kalau rajin haha
Yang kedua, anda mestilah meng-update blog survey di bahagian Blog Manager. Tips ini aku perolehi
daripada beberapa blog yang aku pernah baca sebelum ini. Tapi kebanyakan mereka
pun tak pasti sama ada cara ini menjadi atau pun tidak. Tapi nampak gaya macam
menjadi je.
Tapi aku ada cara lain. Cara dia macam ni. Dulu kadang-kadang
aku geram dengan Nuffnang sebab kedekut nak bagi Buffered Earning. Jadi, aku
akan pergi ke bahagian Contact Us dan hantar ticket kepada department Blogger
Inquiries/Suggestions. Waktu ni, aku pun komplen apasal susah sangat nak dapat
Buffered Earning padahal traffic okey je dan bla bla bla. Biasanya, diorang
akan reply dan tak lama selepas itu, Buffered Earning pun masuk. Aku dah pernah
buat dua kali, dan terus dapat Buffered Earning lepas tu. Cara ni diajar oleh
encik Penaberkala =)
Ada satu lagi trick, lepas hantar ticket kat Nuffnang dan
bila anda nampak ada iklan sama je yang keluar kat blog, try la klik sekali. Tapi
dengan niat sebab nak tahu iklan tu pasal apa. Tapi macam kejam je cara ni haha. Selamat mencuba!
Comments
http://adelandphoebe.blogspot.com/
Rahsia Nak Dapat Buffered Earnings Nuffnang
http://myzamri.blogspot.com