101 Rekreasi Hati
Salam
Selepas begitu lama mencari, akhirnya aku terjumpa buku 101
Rekreasi Hati. Kalau tak silap, pertama kali terpandang buku ini adalah ketika
menonton rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. Lepas itu aku mula tercari-cari
tapi masih tak jumpa. Akhirnya pada 4 Syawal yang lalu ketika menemani adik-beradik
aku membeli barang dapur di Giant Kuala Terengganu, aku ternampak buku ini di
sebuah booth menjual buku-buku agama. Apa lagi, aku pun angkat sebijik.
Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis
Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed
dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu
menarik oleh Nik Wafdi Nik Jaafar
(Kartunis Nik). Isi bukunya mempunyai hadith dan diselangi dengan komik
berilmiah disebelahnya yang berkaitan hadith tersebut. Kalau anda semua ni pernah menjadi kaki
majalah Ujang, anda semua mesti pernah mendengar nama Kartunis Nik kan? Kalau tak
takpelah.
Bagi aku buku ni bagus sebab ia sesuai dibaca oleh semua
peringkat umur serta gaya penyampaiannya yang santai membuatkan kita tak bosan
bila membaca. Kadang-kadang aku tergelak sorang-sorang bila melihat
kartun-kartun yang dilukis oleh saudara Nik. Tak la mengantuk sangat. Tapi macam pelik je bila gelak
ketika baca hadis haha >_<
Apa lagi, angkat la sebijik. Sesuai untuk manusia yang mudah lupa seperti aku hehe
Comments
nk pinjam!!!
(^_^)
@Wadi ~ yup, solusi bace gak tp jarang2 hehe
@Wan Pai ~ mari la amik bilik aku ni >_<
menarik + byk input leh dpt
@fitrihadi ~ yup..tp buku x bnyk huraian..kena pikir sdiri hehe
@razif ~ betol..huraian dia pndek sangat..kna pikir sdiri hehe
excited gila sbb ingat dah abes T_T
naseb baek ade lagi,
buku tu mmg bapak best!!
so, i recommend to everybody should have one, seriously.
the best reference ever for eternal happiness of the afterlife :)
jgn dok facebook jehh :P