Muktamad
Ye, muktamad. Akhirnya aku memuktamadkan keputusan aku untuk menarik diri daripada kumpulan Final Year Design Project (FYDP). Setelah berfikir selama beberapa hari dengan mengambil beberapa faktor. Aku membulatkan perut tekad untuk menarik diri dengan hati yang berat. Selamat tinggal diucapkan untuk Sap Atan, Mayak, Syu dan Zura. Lakukan yang terbaik untuk plant Ammonia tu yer. Thanx for ur support T__T
Maka, dengan ini aku mengambil keputusan untuk menjauhkan hati daripada UTP buat sementara waktu. Dah malas nak online Gtalk. Stress kot bila baca status budak-budak CHEME JAN 07 terutamanya pasal assignment dan juga Cheme Primier League. Aku jeles.
Jadi, buat sementara waktu, aku ingin menjadi seorang penulis blog sepenuh masa hehe. Biar tak ada orang nak baca pun. Peduli apa aku. Yang penting aku puas dengan apa yang aku buat dan gembira dengan hidup aku sekarang.
Tapi, melupakan UTP bukan bermakna aku melupakan gagasan [AwOk2]. Petang tadi, rombongan merisik daripada Ilah dan keluarga datang ke rumah aku. Bersama mereka, terdapat satu bungkusan peribadi yang dibawa dari UTP. Thanx kepada Mirol kerana sudi mengumpul barang-barang tersebut dan meletakkannya dalam beg Proton.
Dalam beg tersebut, terselit sehelai t-shirt [AwOk2] yang aku usahakan bersama beberapa kawan yang lain. Dengan moto We’ll Never Makan Gu dan juga Tak Nak Makan Gu, baju ini dicipta khusus untuk [AwOk2] yang terdiri daripada jejaka katang Pantai Timur daripada Terengganu, Pahang dan Kelantan. Semoga dengan memakai baju ini, aktiviti makan gu dan juga melipak kawan-kawan dapat dibanteras hingga ke peringkat akar umbi. Haha
Miss u all~
Eh lupe! Terima kasih kepada Ilah dan keluarga kerana sudi datang ziarah ke rumah aku tadi =D
Comments
menarik nguh.. awok2 ade baju.. xdop lebih ke selai?
takpe..ada hikmah kenapa semua ini terjadi..
moga cepat sembuh dan kembali spt asal...ilang dak control sorang tuk bagi sem ni..huhu
cedihnye post ni....
chaiyok2!!!!
u will never left behind..
ececece...
enjoy ur life bro! (^_^)
amin~jgn sedih woii..aku x sedih pon haha..xpe..nnti ade pape korg la yg akan jd guru aku hehe
nash~oreit..all iz well hehe