Hati

Nak cerita ke tak nak cerita? Nak tulis ke taknak ek? Nak tulis tapi segan kalau orang baca. Kadang-kadang rasa malu plak. Nampak macam kita ni lemah sangat. Tapi aku perlukan satu medium untuk luahkan apa yang terpendam. Haihhhh
Sebenarnya, aku masih sukar nak menghilangkan kesedihan dalam hati selepas kemalangan sebulan yang lalu. Aku rasa macam banyak sangat benda yang aku hilang. Yang aku tertinggal. Takala melihat kawan-kawan yang sedang struggle di UTP, hati aku rasa aneh.Walaupun diorang jauh, dengan hanya membaca status diorang di FB, Google Talk atau pun sembang-sembang di Google Group, aku rasa lain macam. Ya, maybe aku masih kecewa, sedih dan cemburu dengan diorang. Walaupun malu tapi aku terpaksa mengakui hakikat ini. Kadang-kadang aku rasa putus asa dengan study. Aku benar-benar down. Walaupun di luar aku mampu ketawa, tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu. Kekadang aku terpikir, mengapa aku mendapat ujian begini. Kenapa aku yang di pilih, bukannya orang lain. Sekarang aku masih kabur dngan perjalanan hidup yang akan datang. Aku tau, selepas ini keadaan tidak akan kembali seperti biasa. Tapi aku berharap, hari demi hari ia akan menjadi lebih baik.
P/S: Tiba-tiba aku rasa tak ada mood sangat nak bergurau.

Comments

Baca banyak buku, ia dapat mengubat hati. Rumate saya dulu 3 bulan tak boleh jejak tanah.. everyday baca buku2 novel etc etc (cadangan)..

Cuba fikirkan hikmah, Allah tak uji hambaNya dengan sia2, encik KP. masa nilah boleh diambil untuk muhasabah. Ramai lagi orang diluar sana yang sibuk dengan urusan dunia dan tak punya masa untuk duduk sebentar dan berfikir macam encik KP.. why not isi masa dengan sesuatu yang boleh datangkan pahala.. (letak target untuk khatam Qur'an sebelum sembuh, why not?)

ganbatte, encik KP, jangan mengalah!
daisy said…
yes,boleh bace! :)

sabar la..sabar k..sikit lagi tu..x lame dah..

kate kuat,so mesti prove it.. :)

- "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."- (Surah Al-Hadid: 22-23)
Unknown said…
ofkos sejarah hitam xkn mudah dilupakan cam tuh aje..but time heals..insya Allah..

aku dulu accident patah kaki pon, moral down..4 bulan miss skola..riso ms depan..tapi nk xnk still kene hadapi gak..so just go on with life..

sjrh lame kite simpan elok buat kenangan ngan pengajaran...
Hazwan said…
@wAnIEy HuNNy bukak mata tu luas2 haha

@norashikin rahmat pasal khatam quran..tinggal suku je lg hehe..yup, dgn muhasabah la ni hehe..thanx

@daisy thanx 4 de your beatiful words =)

@lipanboy eh, x lipak pon haha..thanx pojie =D
dia said…
xde mood nk bguro?
senyumn kot leh ubt mood tu... :P

smile evrything will b fine~
anda tak kenal saya said…
banyakkan bersabar ya

kena sentiasa ingat ada ramai sangat sangat insan lain diluar sana tu yang diuji dengan pelbagai ujian yang lebih berat....

contoh

isteri kematian suami tersayang

anak-anak tak pernah rasa kasih sayang ibu bapa

bencana alam musnah harta benda dan hidup sehelai sepinggang

dan macam-macam lagi...

tabahkan diri ya.ingat Allah tu dekat je,bahkan lebih dekat dari urat leher kita,kalau ada apa2 masalah nak diluahkan & malu nak luah pada blog bolehla diluahkan pada Allah.tau2..
Anonymous said…
redhakan ape yang telah terjadi..insyaallah hati akan tenang...
setiap dugaan ade hikmahnya...
mungkin sekarang nie ujian untuk awk tinggi skit berbanding kawan-kawan awak tapi mane tahu kelak hidup awak akan senang....
biarlah kita diduga sekarang itu lebih baik sekurang-kurangnya kita ade pengalaman dan semua yang jadi nie boleh mematangkan kita..waktu2 sekarang la waktu yang sesuai untuk kita muhasabah diri dan susun blk strategi dlm hidup kita....
btw, setiap orang dugaan hidupnya laen2..just smile n redha dgn takdir yang telah Allah tetapkan.

yang penting jangan putus asa!!! aja..aja!!fighting!!!!!

.................haniqa ^____^.....

Popular Posts