Salam
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”. Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Aku yakin anda semua tentu perasan tentang sesetengan orang yang sedang sibuk mempromosikan penggunaan atau pelaburan dinar emas sama ada di blog, facebook, twitter dan macam-macam lagi tempat di internet. Perkara ini benar-benar menerbitkan sedikit perasaan ingin tahu dalam diri aku tentang penggunaan dinar emas ni. Bagaimanakah bentuknya? Berapakah harganya? Bagaimana mendapat keuntungan dan bermacam-macam lagi.
Dinar emas merupakan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Selepas membuat sedikit pembacaan dan bertanya tentang dinar emas ini dengan kawan-kawan, aku dapat melihat dengan jelas bahawa penggunaan dinar emas sangat besar faedahnya kepada kita.  Ini kerana nilai dinar emas bergantung kepada nilai emas di pasaran antarabangsa. Untuk pengetahuan anda, nilai emas sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Jadi, jika kita membeli dinar emas atau dirham, insyaallah dalam beberapa ketika lagi, nilai dinar itu akan meningkat lebih tinggi daripada harga yang kita beli. Semakin banyak kita beli, semakin banyaklah keuntungan yang kita dapat.

Faedah Penggunaan Dinar Emas dan Dirham(Perak)

Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang faedah dan kebaikan penggunaan dinar emas ini.
  •  Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
  •  Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
  •   Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  •   Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  •   Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
  •  Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
  •  Semua bentuk aset kertas, contohnya bonsaham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
  •  Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
  • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
  • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
  • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
  • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

 Daripada penerangan yang aku baca sebelum ni dan juga yang di atas, dapat aku simpulkan bahawa pelaburan dinar emas ini sangat menguntungkan dalam jangka masa yang panjang.  Sekarang minat aku  terhadap dinar emas juga mula bertambah. Jika anda berminat dan ingin mengetahui serba-sedikit pasal dinar emas ini, sila-silakanlah Google kerana info yang aku sediakan  tidak terlalu lengkap. Atau anda boleh ke website ini, dinar.ahmadtarmizi dan blog.ahmadtarmizi untuk penerangan dan info yang seterusnya.