Selesai solat Maghrib, aku terus keluar dari rumah seorang diri. Aku ajak kawan-kawan yang lain tapi tiada yang mahu mengikut. Jadi aku keseorangan pergi ke Makbul Nasi Kandar. Sampai di sana, aku terkejut sebab tak ramai orang. Siaran Astro pulak macam kurang jelas. Aku pun cepat-cepat keluar dan pergi ke Kedai Nasi Kandar Kassim Mustafa. Kat sini tak ramai sangat orang tapi boleh la nak layan bola sebab skrin dia besar.
Aku pandang sekeliling. Haish, aku sorang je yang pakai jersi kebangsaan Malaysia. Tanpa pedulikan orang lain, aku layan bola di belakang sekumpulan warga Vietnam. Di dalam TV, terpancar jelas ribuan penyokong Malaysia yangmemenhi Stadium Nasional Bukit Jalil. Serius aku bangga bila melihat sebegitu ramai penyokong Malaysia. Tapi sayangnya aku tak dapat berada di sana. First half, Malaysia bermain agak baik. Jauh lebih baik daripada match menentang Thailand dan Indonesia sebelum ni. Tapi percubaan ke arah gol Vietnam terlalu sedikit dan game agak membosankan.
Waktu rehat, aku menjamu perut kesayangan dengan nasi goreng ayam sambil berborak dengan dua orang  brader kat meja sebelah. Salah sorangnya orang Kedah. So, aku main angin skit sambil memuji pemain Kedah yang aku kenal dan mengutuk player-player Selangor yang terlalu ramai dalam skuad kebangsaan. Nasib baik brader ni satu kepala dengan aku.
Second half, Malaysia mula menyerang dan akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama hasil tandukan Safee Sali. Kalau tidak kerana kesilapan penjaga gol, tidak mungkin bola itu akan menerjah ke jaring. Selepas itu, Malaysia memperlahankan sedikit rentak permainan dengan Vietnam semakin bersemangat untuk menyerang. Namun Malaysia sekali lagi menambah jaringan melalui Safee Sali. Bola muntah hasil sepakan Safiq Rahim pantas disambar Safee Sali untuk gol kedua Malaysia. Syabas untuk  Harimau Malaya.
Habis game, salah seorang pekerja kat kedai mamak datang kat aku. Dia pun tanya Malaysia menang berapa kosong. Aku pun jawab la Malaysia menang 2-0. Lepas tu dia hulur tangan untuk bersalam sebab nak ucap tahniah. Semua orang kat kedai berasa pelik termasuk lah aku. zzz