~Gambar hiasan yang mungkin relevan~
Berkawan dengan orang yang lebih tua daripada aku di tempat kerja ni, kadang-kadang membuatkan aku berfikir lebih jauh terutamanya berhubung soal kahwin. Sebabnya, orang-kat sini selalu saja bercakap soal kahwin terutama yang dah berumur antara 23 dan 26 tahun ni(nama terpaksa dirahsiakan).

Part yang paling best bila bercakap soal hantaran, mas kahwin dan jugak kos untuk kenduri kahwin nanti. Selepas melihat dari pelbagai sudut dengan teliti, aku rasa aku perlu membuat sesuatu dari sekarang. Tujuannya untuk memudahkan segala kesulitan yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang. So benda yang baik macam ni tak elok disimpan sorang-sorang. Bak kata orang kampong aku, sharing is caring rite.

Pertamanya, yang paling penting adalah aku rasa kita semua terutamanya kaum lelaki perlu membuat pelaburan dari sekarang. Tapi macam mana? Kalau nak main saham aku memang tak reti. Kalau nak menyimpan dalam ASB, sedikit giler kot faedah yang dia bagi. So, apa yang aku nampak adalah pelaburan emas. Dijangka harga emas dalam lima tahun akan datang akan naik 50% dan lebih berbanding harga sekarang. Betul atau tak, ini hanyalah jangkaan.

Hm, kalau tengok perkembangan masa sekarang, semua benda dah naik harga. Beras, minyak, gula, sayur, bawang, daging dan macam lagi lah. Mentang-mentang la minyak naik harga, semua benda nak naik. Jadi aku nak sarankan kepada kaum adam semua untuk menternak lembu atau kambing. Perkara ini bukan main-main. Katakan anda membela dua ekor anak lembu, jantan dan betina dari sekarang. Mungkin dalam lima tahun lembu tu dah besar. Kalau ada anak lagi bagus kan. Yang besar anda sembelih, yang anak pulak anda jual untuk dijadikan modal kahwin hehe.

Teringat lagi kata-kata cikgu Add Math semasa di sekolah SIF dulu, iaitu Cg Shwiah yang mencadangkan agar pelajarnya membela kambing di rumah. Sebabnya, Rasulullah SAW pun bela kambing jugak pada zaman dahulu. Mesti ada hikmah disebaliknya kan? Tapi kalau anda bercadang nak kahwin lebih dari satu, elok anda buka ladang lembu terus :P

Kalau bela ayam pun ok jugak kan. Telurnya kita boleh buat bunga telur. Ayam pula kita jadikan lauk kahwin. Ye la kan, bukan semua orang kat Malaysia ni yang makan daging lembu atau kambing.hehe

Beberapa tahun dari sekarang, mesti harga air akan meningkat. Memandangkan majlis kahwin memerlukan penggunaan air yang banyak terutamanya dalam part mencuci pinggan mangkuk, tentu bil air akan meningkat berkali ganda. Jadi, apa penyelesaiannya? Cadangan aku, apa kata kalau anda semua berjinak-jinak dalam penanaman pokok pisang. Faedah menanam pokong pisang amat besar. Pertama, buah pisang hasil daripada tanaman dapat dijadikan pencuci mulut untuk majlis kahwin. So tak payah beli la kan. Kedua, daun-daun pisang yang segar-bugar boleh digunakan sebagai pengganti pinggan. Jadi, anda tak perlu nak mengupah orang mencuci pinggan dan sekaligus menjimatkan penggunaan air. Nak sewa pinggan pun tak payah. Apa yang perlu anda buat hanyalah menggali lubang dan tanam. Setel!

Tapi, tips-tips ini tidak akan bererti buat mereka yang sememangnya berasal dari keluarga kaya, atau mempunyai gaji yang besar atau buat mereka yang pemalas dan hanya pandai berangan-angan macam aku. Poorahhh! Chow