macam terseksa je baby ni haha

Seminggu lagi masa yang perlu aku tunggu untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian di UTP. Tapi perasaan aku mungkin tak macam orang lain. Ramai yang bersedih kerana akan berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan. Tapi aku rasa biasa-biasa, kerana perasaan sedih tu aku dah tempuh dua semester yang lalu.

Sebenarnya aku baru sampai ke UTP pagi tadi, selepas 2 minggu beraya di rumah. Di saat pelajar UTP yang lain sudah pun memulakan final exam mereka, hosmet-hosmet sedang bertungkus-lumus untuk study, aku masih rilek-rilek. Lagi pun sem ni aku ada satu subjek je. So, stay calm and Oppa Gangnam Style keh3

Hari tu masa duduk kat rumah banyak kali jugak aku try nak update blog, nak cerita-cerita pasal raya, upload gambar raya sikit-sikit. Tapi baru tulis sikit, aku tiba-tiba hilang modal nak menulis. Kadang-kadang bila nak menulis, si comel aku datang nak tengok video ABC kat youtube. Terpaksa lah aku layan. Kalau tak layan mengamuk pulak. Dah la bekeng tak patut.

Ok, berbalik kepada cerita raya. Sebenarnya apa yang aku tulis dalam post sebelum ni ternyata palsu. Hajat aku nak recyle baju raya tidak kesampaian. Selepas merima nasihat daripada kaum keluarga terdekat tentang sunnah memakai pakaian baru di hari raya, maka aku segera keluar ke bandar sehari sebelum raya bersama Eju. Berbekalkan duit Bakti Remaja yang aku dapat 3 hari sebelum tu, maka berjolilah aku untuk membeli pakaian baru.

Bakti Remaja ni merupakan program dimana setiap remaja di Terengganu yang belum berkahwin akan menerima duit sebanyak RM200 seorang setiap tahun. Untuk yang dah kahwin, berkeluarga dan warga emas, yang tu dibawah program lain pulak.

Orang cakap raya tahun ni tak meriah macam tahun lepas. Tapi aku rasa tahun ni lagi meriah. Kalau tahun lepas, aku banyak duduk rumah kerana masih berkaki tiga. Tapi tahun ni, hampir setiap hari aku pergi beraya. Kutipan duit raya pun melebihi daripada jangkaan haha. Pergi beraya rumah cikgu pun dapat jugak dua ringgit.

Raya kali ni, member-member banyak dah berubah. Bukan perangai tapi dari segi lain. Kalau perangai tu, masih maintain macam budak-budak walaupun dah tua berjanggut. Apa yang aku tahu, sorang kawan aku akan berkahwin esok, dan seorang lagi akan menyusul kemudian. Yang berubah dari segi pemikiran pun ada. Gaya bercakap pun dah lain. Dah sampai tempoh matang agaknya.

Tapi yang paling best raya ni, aku tak rasa lapar langsung. Makin kerap masuk jamban ade lah. Tapi yang tak bestnya, makin banyak mata yang suka memfokuskan kepada bentuk perut aku. Herm, dah boleh dah ni nak start puasa enam.