Kawan aku cakap, umur macam aku ni dikira sebagai ‘peak-time’ dalam membuat keputusan. Kerana dalam umur macam ni, banyak keputusan yang perlu diambil yang aku rasa pasti mempengaruhi keseluruhan hidup selepas ni.

Dalam keadaan macam ni, diri akan diselubungi dilema. Seolah-olah diri berada di satu persimpangan jalan yang ada banyak cabang. Takut tersilap pilih cabang, akan menyesal sepanjang hayat.

Hidup sebenarnya ada banyak peluang, ada banyak pilihan. Terpulang kepada kita untuk membuat keputusan walaupun bukan selalu kita diberikan pilihan. Kadang-kadang tak ada langsung. Tapi apabila ada banyak pilihan, aku rasa nak kejar semua. Tapi bila fikir-fikir balik, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Tapi aku rasa aku dah buat pilihan. Walaupun pilihan dia hanya ada dua; terima atau tolak. Apa nak jadi, jadi lah. Lagi pun aku ni bukan jenis manusia yang suka menyesal lama-lama.

Oh ye, aku bukan cakap pasal nak memilih calon bini.