“Allahuakhbar..”

Imam sujud. Aku dan jemaah lain yang solat Jumaat pun turut sujud sekali. ‘Peh, busuk pulak bau lantai hari ni!’ – aku berbisik dalam hati. (kantoi solat tak kusyuk haha)

Selepas empat kali sujud, selepas imam memberi salam, selepas imam membaca doa, aku duduk termenung sambil memerhatikan jemaah yang bergerak keluar dari masjid. Ada yang aku kenal, ada yang aku tak kenal. Yang tak pernah nampak tu memang ramai.

Entah macam mana, tiba-tiba sesuatu terdetik dalam hati. Dan aku mula sedar, aku sepatutnya bersyukur kerana dapat menghidu bau lantai yang busuk tadi tu. Sekurang-kurangnya, deria bau aku masih ada. Cuba bayangkan kalau tuhan tarik deria bau ni, nak bau makanan yang sedap-sedap pun tak dapat.

Kalau kucing berak belakang katil pun komfem tak sedar kerana dah takleh bau. Cuba bayangkan, sedang aku menarik nafas dalam-dalam, tiba-tiba rumet kentut busuk tanpa aku dapat kesan. Tak ke bahaya tu. Sila-silap boleh pengsan sebab gas kentut banyak dalam paru-paru.

Jadi kepada kawan-kawan semua, belajarlah untuk bersyukur dengan segala apa yang kamu ada. Jangan banyak komplen dengan nikmat yang Dia berikan. Kerana Dia maha adil, semua yang diberikan olehnya adalah sama rata kepada manusia. Terpulang kepada kamu nak sedar atau tidak je.

Tiba-tiba aku rasa konklusi kat atas ni macam takde kaitan dengan isi yang aku tulis. Ke ada? Abaikan.