Waktu mula-mula masuk UTP dulu, aku ada pasang satu hajat. Aku nak ke Stadium Ipoh untuk menonton perlawanan bolasepak antara Perak dan Terengganu. Sebabnya, ada sedikit sejarah antara pasukan Terengganu dan Perak yang aku masih ingat termasuklah kekalahan Terengganu final Piala Malaysia 1998 dan Piala FA 2004. Aku masih ingat, sebab tu aku anti sedikit dengan team Perak hahahaha


Akhirnya, selepas 5 tahun hajat aku tercapai. Tadi aku bersama abang final year UTP yang lain ke Stadium Ipoh untuk menyaksikan perlawanan pertama Liga Super antara Terengganu dan Perak. Rombongan terdiri daripada 7 orang penyokong Terengganu, seorang dari Perak, seorang dari Negeri Sembilan dan seorang dari Selangor; hadir ke stadium untuk menyertai puluhan ribu penyokong yang lain untuk memeriahkan lagi liga bolasepak tempatan ecece


Keputusannya, Terengganu kalah dengan jaringan satu gol berbalas kosong. Bagi aku, taktik Terengganu tidak menjadi dan permainan tidak semantap musim yang lepas. Di harap coach Mat Zan Mat Aris dapat memperbaiki lagi pasukan ini untuk perlawanan yang akan datang terutamanya di bahagian tengah. Kepada Ultras Tranung, anda semua memang power!

p/s: Kepada yang datang senyap-senyap tu, kesian terpaksa duduk dikelilingi penyokong Perak. Kalau tak boleh masuk dalam gambar smart ni hahaha :P