Dari dulu lagi aku selalu dengar, selain subjek FYP, subjek Final Year Design Project merupakan salah satu subjek membunuh bagi mereka yang mengambil kos Chemical Engineering. Dan merupakan satu subjek yang sangat penting kerana perlu menggunakan semua ilmu-ilmu yang aku dah belajar sejak tahun pertama di UTP. Namun kebanyakannya aku dah lupa.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menyiapkan FYDP 1 setelah gagal untuk melakukannya beberapa bulan yang lalu. Kepada Adib, Ijat, Cho, Ida dan Ziela, terima kasih di atas sokongan anda semua. Aku tahu, aku agak busy menyiapkan FYP hingga mengabaikan FYDP. Kadang-kadang aku rasa bersalah melihat korang semua bertungkus-lumus di Lab ICON sedangkan aku masih terhuyung-hayang di lab FYP.

Dan aku mintak maaf sebab gagal membantu ketika kumpulan kita dikritik hebat semasa presentation. Dapat bagi moral support je, bak kata Adib kih3. Insyaallah, sem depan aku akan bagi fokus 140% kat FYDP II. Dan terima kasih kerana memberi markah penuh untuk peer evaluation form (walaupun aku sendiri yang isi hahaha). Terima kasih banyak-banyak ;D

Kepada Assoc. Prof. Dr. Zakaria Man, terima kasih kerana banyak membantu. Erm!

p/s: hanya mampu menulis, sukar diluahkan dengan kata-kata.