Hari-hari terakhir semester dipenuhi aktiviti bergambar. Memang lumrah bagi pelajar final year untuk berperangai seperti ini. Sebab itu pagar depan UTP sentiasa penuh dengan pelajar mengambil gambar kenangan. Aku tidak terkecuali. Kadang-kadang aku rasa mulut ini sudah letih untuk senyum, mengadap flash kamera atau berposing gaya artis. Tapi takpe, benda ni bukannya selalu boleh dilakukan. Lagi pun aku tahu, setiap senyuman ini akan membuatkan aku menjadi awet muda haha

Aku pun ada satu berita gembira untuk dikhabarkan. Bak kata orang tua, benda yang baik kena dikongsi bersama. Tapi biarlah perkara ini mendapat pengesahan dulu dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. Nanti aku cerita tapi jangan pikir bukan-bukan haha.

Semalam, seorang kawan aku yang belajar bersama-sama di MRSM KT telah meninggal dunia akibat kemalangan bersama adik beliau. Al-fatihah~

Kunji-kunji cha-cha merupakan salah satu perkara wajib dilakukan ketika Minggu Aluan Siswa di UTP pada 2007. Batch lain aku tak tahu. Layan~