Sudah tujuh tahun, setiap kali nak tinggalkan rumah, hati aku akan berdebar-debar. Termasuklah ketika nak pulang ke MRSM dulu, yang jaraknya kira-kira 15 minit dari rumah. Hari ini aku pun mengalami perasaaan yang sama kerana esok aku akan pulang ke UTP. Untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir hidup sebagai seorang pelajar ijazah.


Jadi, tolong doakan keselamatan aku dalam perjalanan pagi esok. Tahukah anda, sepanjang 5 tahun belajar kat UTP ni, tak pernah lagi aku naik bas duduk tepi perempuan. Harap-harap duduk tepi makwe esok. haha

Aku ada sedikit persoalan, siapakah antara kamu ini yang gatal-gatal tangan mencalonkan aku kat World Blogger Award? Malu aku wei. Blog cincai-cincai macam ni duk bertanding dengan blog power-power. Dah la penulisan entah pape, masuk dalam kategori Most Funniest Blog pulak tu. Entah kat mana kelakarnya aku pun tak tahu. Kalau personal blog boleh kira lagi.


Jadi, demi menjaga nama baik blog ni aku harap korang dapat memberi sedikit undi untuk aku. Nanti taklah aku kalah teruk sangat kan? 10 undi pun cukuplah hahaha okbai~

Oh ye, SINI. Cari kat bawah-bawah skit >_<