Sudah lebih 5 tahun aku berulang alik antara UTP dan Kuala Terengganu dengan menaiki bas. Kalau dulu tambang dia RM43. Sekarang sudah naik kepada RM60. Tambang dia mahal sikit kerana aku perlu mengambil tiket di laluan Kuala Terengganu-Lumut. Pilihan kedua iaiitu yang lebih murah dengan mengambil bas dan turun di Ipoh. Ini kerana UTP terletak di antara Ipoh dan Lumut. Ini antara perkara yang aku tak puas hati, kenapa tak diwujudkan laluan antara Kuala Terengganu ke Seri Iskandar? Padahal Seri Iskandar merupakan antara hub pendidikan di Perak kerana mempunyai dua universiti.

Maka terpaksa lah aku membayar tambang ke Lumut semata-mata untuk berhenti di depan UTP yang jaraknya berpuluh kilometer untuk ke Lumut. Kalau berhenti di Ipoh, sapa nak datang ambik?

Beli tiket ke Ipoh eh?” tanya seorang kawan, meminta kepastian selepas aku meminta pertolongannya untuk membeli tiket ke UTP. Alang-alang dia nak membeli tiket, baik aku kirim sekali.

Eh, ke Lumut la,” aku jawab ringkas sambil tersengih macam kerang busuk.

Beli ke Ipoh je. Nanti diorang akan lalu kat depan UTP jugak,” kata kawan aku memberi penjelasan.

Boleh ke?” aku tanya lagi. Sebab selama ini aku tak pernah buat macam tu.

Takpe, aku selalu buat macam tu,” jawab kawan aku lagi dengan muka bersungguh-sungguh. Melihat kesucian wajah beliau memberi keyakinan aku untuk menerima cadangan tersebut.

Ok, aku follow je,” kata aku tanda bersetuju.


******

28.01.2012

Bas berhenti di Stesen Bas Gopeng, Ipoh. Penumpang mula berpusu-pusu keluar. Maka tinggal lebih kurang 6 orang penumpang, termasuk kawan aku tadi. Selepas semuanya selesai, driver bas masuk ke dalam dan mula mengira penumpang. Selepas beberapa ketika, wajah dia berubah kehairanan. Dia mengundur dan mula mengira sekali lagi. Muka dia sekali lagi nampak kehairanan.

Selepas membebel seorang diri, dia meminta penumpang menunjukkan tiket. Hati aku mula kucar kacir. Muka kawan aku pula dah nampak cuak. Aku tenangkan diri sambil menyeluk kocek seluar. Aku dapat rasa aku ada sekeping tiket di kocek jeans sebelah kanan. “Takda lah pakcik. Dah buang rasanya tadi,” aku cuba menipu. Kalau dia suruh keluarkan semua benda dalam kocek seluar ni, nahas aku nanti. Kawan aku pulak buat-buat mencari sesuatu dalam beg, dan memberikan jawapan yang sama seperti aku.

Selepas membebel sekejap, pakcik tu keluar dan masuk balik ke dalam bas. Dengan cara yang baik, dia cakap aku dan kawan aku ni mungkin tersilap membeli tiket bas dan perlu turun ke Ipoh. Kerana hanya empat orang saja yang akan pergi ke Lumut, dan orang lain semua dapat tunjukkan tiket, kecuali aku dan kawan aku ni. Kemudian, dia pergi ke bahagian depan. Aku panik, kawan aku dah mula gelabah.

Adoi, malu ar aku camni. Dah la ada dua orang makwe kat belakang. Takleh jadi ni,’ getus aku dalam hati. Aku bangun dan pergi ke depan, ke arah pakcik driver tadi.

Pakcik, kalau beli tiket ke Ipoh takleh turun kat UTP eh?” tanya aku dengan nada bodoh. Kadang-kadang kita perlu berlagak bodoh untuk menyelamatkan keadaan.

Tak boleh. Kena beli tiket ke Lumut,” balas pakcik driver.

Ouhh. Kalau saya nak pergi ke UTP, berapa ringgit kena bayar?” aku tanya lagi.

Lima ringgit je lah. Sepatutnya kena caj lagi mahal ni” balas pakcik tu selepas berfikir seketika sambil menunjukkan isyarat 5 jari. Aku menarik nafas lega, lalu menghulurkan duit RM10 kepada pakcik itu. Aku bayar dulu untuk kawan aku sekali. Aku pulang ke tempat duduk dengan perasaan lega sambil gelak sorang-sorang.

Fuhhhhhhhh, selamattt!!!!

Pengajaran daripada cerita diatas, jangan ajar diri kita untuk menipu dan berlaku jujurlah dengan orang lain. Nanti kita jugak yang dapat susah. Pengajaran lain, aku ni kalau nak buat jahat mesti cepat kantoi -__-

Ok, kawan aku ni seorang perempuan kah3. Nakal betul. Persoalannya, duit yang aku beri tadi, pakcik tu simpan ke dalam poket beliau dan bukannya dibayar kepada syarikat bas. Adakah ini dinamakan rasuah? OMG!