Sebelum ni aku selalu ternampak gambar kawan-kawan bermain Laser Tag di Facebook. Terlintas jugak dalam hati, Laser Tag ni amende sebenarnya. Dan akhirnya, beberapa orang kawan telah mengajak aku untuk merasai sendiri pengalaman bermain Laser Tag di Ipoh. Apa lagi, aku pun follow la.

Laser Tag ni apa? Laser Tag ni merupakan satu game dimana player akan memakai jaket elektronik yang bersambung dengan sebuah pistol laser. Dan game ini dimainkan dalam satu kawasan yang penuh dengan smoke dan mempunyai tempat persembunyian. Ala-ala main paintball jugak la.

Jaket yang perlu dipakai untuk bermain

Untuk mendapatkan mata dan mematikan pihak lawan, anda perlu menembak ke arah jaket mereka. Namun game ini tidak kejam sangat kerana anda tidak perlu keluar selepas ditembak. Anda hanya perlu menunggu selama 4 saat sebelum dapat betempur sekali lagi. Game ni mengingatkan aku kepada BABO.

Di akhir permainan, rangking antara player akan dikeluarkan dan dipaparkan di skrin luar tempat permainan. First game semalam, aku dapat nombor tujuh kerana masih blur dengan permainan ini. Tapi bila dah masuk game kedua, dapat nombor 3 beb haha
Suasana dalam arena
Bagi aku, permainan Laser Tag ni sangat best dan sangat berbaloi. Dah lama aku tak rasa letih macam apa yang aku rasa lepas main game ni. Dan permainan ini tidak mengotorkan baju serta tidak membahayakan kerana tiada sentuhan untuk mematikan pihak lawan. Tapi kalau jatuh tergolek, itu kesilapan anda sendiri lah. Dan permainan ini jugak dapat memberikan feel sebagai seorang askar yang sebenar. Tu cita-cita aku masa kecik kot!

Lupa nak bagitau. Laser Tag Ipoh ni terletak di Glamour Square Shopping Centre di Ipoh Perak. Untuk mendapatkan info berkaitan permainan ini seperti harga dan juga peta lokasi, anda boleh merujuk di laman web mereka di sini (Laser Tag Ipoh) atau di Facebook mereka di SINI.

Cheme vs Civil

Kepada kawan-kawan yang sama-sama bermain Laser Tag semalam, terima kasih ;)