Tahukah anda, setiap kali aku lalu depan mana-mana kedai sushi, pasti kepala aku terjenguk-jenguk ke dalam kedai. Sesekali melirik manja. Bukan apa, dan 23 tahun aku hidup, tak pernah lagi rasanya aku masuk ke dalam kedai sushi ni. Terbayang jugak dalam kepala rasa sushi ni macam mana. Orang cakap rasa macam makan ikan mentah. Tapi aku tak percaya.

Tengah hari tadi selepas lunch, seorang kawan mintak tolong untuk cari dan pinjamkan kad keahlian Sushi King dari mana-mana pelajar UTP. Katanya Sushi King di AEON Station 18 ada promosi sekarang. Katanya lagi, setiap piring sushi yang sebelum ni berharga antara RM4 hingga RM5 diberi diskaun menjadi RM3. Aku tak tahu mahal ke murah sebab aku tak pernah makan pun sebelum ni haha. Sila tengok gambar bawah.


Akhirnya, kad keahlian berjaya dicari walaupun bukan aku yang cari. Dan aku pun turut ikut sekali ke Sushi King walaupun duit tak berapa nak ada sekarang. Takpe, aku makan benda ni 23 tahun sekali je.

Sebenarnya aku rasa janggal bila masuk kedai Sushi King ni. Tak reti camne nak pilih sushi sebab banyak sangat. Tak reti nak guna chopstick kerana aku ni Melayu yang suka makan guna tangan. Tak reti nak guna kicap-kicap kat atas meja tu. Sangat tak reti haha. Nasib baik kawan-kawan aku ni memang dah biasa tempat macam ni. Boleh mintak tunjuk ajar sikit-sikit.
Segan rasanya nak letak gambar sorang-sorang kat blog sekarang hehe
Sebenarnya aku tak berminat nak letak gambar perempuan dalam blog aku ni. Tapi di atas permintaan, aku letak jugak lah haha. Terima kasih Farhana dan Farahin kerana sudi bawak aku makan sushi. Kalau belanja sekali kan bagus ;D