Cuba tengok gambar aksi lelaki kat atas ni. Agak-agak berapa umur dia? 50 tahun? 60 tahun? Salah! Umur lelaki ini telah menjangkau 71 tahun. Siapa lelaki ni? Dia adalah seorang lelaki yang aku dan kawan yang lain jumpa ketika memanjat Bukit Keledang dua hari lepas. Dia bahasakan diri sebagai Atok.

Bila mendengar cerita daripada Atok ni, kadang-kadang rasa malu dengan diri sendiri. Bayangkan ketika berumur 68 tahun, dia mampu menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu. Lebih menarik, dia tidak mengupah sesiapa untuk menggalas beg beliau. Semuanya dibawak dengan kudrat sendiri. Power sungguh.

Aku dan kawan yang lain cuba bertanya bagaimana cara dia menjaga kesihatan. Maka Atok ini pun bercerita.

Menurutnya, dia tidak pernah berpantang dalam soal makanan. Apa saja yang dia nak makan, dia akan makan. Kerana baginya, tiada guna untuk berpantang kerana umur beliau terlalu tua. Dan dia tahu dia akan mati jugak suatu hari nanti. Kalau boleh dia nak menikmati makanan dengan sepuasnya sebelum berpindah ke alam yang lain. Sebab tu dia boleh habiskan 15 biji karipap sekali makan. 

Tapi kurang berpantang dalam makanan tidak bermakna dia tidak menjaga kesihatan. Aku rasa Atok ni meng-apply-kan konsep mass balance ke atas badan beliau. Menurutnya, setiap apa yang dia makan seharusnya sama dengan segala tenaga yang beliau keluarkan dalam kehidupan seharian. Jadi memandangkan dia tidak berpantang, Atok ini akan memanjat Bukit Keledang 5 kali seminggu. Diulang, 5 kali seminggu. Pergh, aku baru panjat separuh bukit dan terketar-ketar kaki bila nak turun balik.

Atok ni jugak mengamalkan puasa setiap hari Isnin dan Khamis. Katanya, puasa ni sangat bagus untuk badan. Bila berpuasa, organ-organ dalam badan kita akan mendapat rehat. Dan badan juga akan menjadi kuat. Sebab tu dalam Perang Badar 300 orang Islam yang berpuasa mampu menewaskan 1000 orang kafir Quraish dari Makkah.


Kalau dalam bulan puasa, atok ini tetap akan memanjat Bukit Keledang. Tapi jadualnya sedikit berubah iaitu pada waktu petang. Kemudian bersiap-siap ke surau untuk berbuka di sana. Kagum betul aku dengan Atok ni. Sebab tu Atok ni takda penyakit seperti orang tua-tua yang lain.

Aku perasan, Atok ni hampir dikenali ramai orang di kawasan Bukit Keledang ni. Lebih menarik, dia mampu menyapa sesiapa sahaja menggunakan bahasa yang digunakan orang tersebut. Jika bertemu orang Cina, dia akan menegur dalam Kantonis. Kalau berselisih orang India, dia akan menegur dalam bahasa Tamil. Pesan Atok, jangan malu untuk belajar bahasa. Mula-mula memang banyak salah. Lama-kelamaan akan pandai lah.

Dan satu lagi dia pesan, jangan berjogging terlalu kerap kerana tak elok untuk lutut. Untuk orang muda mungkin elok, tapi untuk orang tua memang tak sesuai kerana takut memberikan kesan kepada lutut. Aku harap, kawan-kawan aku yang semakin "sihat" tu, yang turut serta ketika mememanjat Bukit Keledang dua hari lepas tidak menggunakan alasan ini untuk malas mengeluarkan peluh hehe


Aku harap, aku mampu menjaga kesihatan diri seperti pakcik ini jugak. Tapi aku tak tahu bila nak start. Esok kot hik3. Jadi memandangkan aku tak tahu nama Atok ni, jadi aku anugerahkan beliau dengan gelaran Atok Bukit Keledang!

Update: Baru dapat info, Atok ini bernama Haji Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Keledang.